Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) perlu meneliti semula operasinya susulan insiden terbaru membabitkan dua nelayan warga Indonesia diculik kumpulan bersenjata di perairan berhampiran Kinabatangan, kelmarin.
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ini memandangkan kejadian penculikan terus menjadi-jadi meskipun jaminan diberikan pihak berkuasa dalam menangani jenayah rentas sempadan. Beliau berkata, langkah itu perlu dilaksanakan memandangkan setiap tahun, kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan besar kepada ESSCOM.

Bung Moktar juga mempersoalkan sama ada orang dalam terbabit dalam insiden berkenaan kerana kumpulan penculik boleh menceroboh perairan negara dan melakukan jenayah tanpa dapat dikesan.
Beliau berkata, kumpulan terbabit seperti mengetahui masa sesuai untuk melakukan jenayah berkenaan. “Insiden seperti ini menyebabkan penduduk di pesisir pantai menjadi takut, terutama komuniti nelayan,” katanya.
0 comments:
Post a Comment