Tindakan dua pengguna Facebook menyebar maklumat palsu di laman itu membawa padah apabila kedua-dua wanita berkenaan ditahan bagi membantu siasatan. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar, dua individu itu masing-masing menyerah diri kepada polis Bau pada jam 2.15 dan 2.50 petang semalam.

“Mereka yang menyebar khabar angin palsu yang menimbulkan ketakutan dan keresahan akan berdepan dengan hukuman undang-undang sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Dalam catatan Facebook, individu terbabit mendakwa penjenayah telah ditangkap di Kampung Daun Singai, Bau kerana membunuh dua individu dan turut mendakwa organ-organ penting telah diambil daripada mayat-mayat.
Turut disebarkan, tiga suspek yang kononnya menaiki van putih bercermin hitam sedang mencari lebih banyak mangsa di sekitar Kuching. Dua gambar yang kononnya mangsa-mangsa turut dimuat naik oleh individu tidak bertanggungjawab tersebut.

“Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang menyebar khabar angin atau maklumat palsu atas talian dan mereka akan ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah,” katanya. Kes menyebar catatan palsu dalam Facebook itu disiasat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
0 comments:
Post a Comment