Sebelum ini, kebanyakan media hanya memainkan pertembungan BERSIH dan Gerakan Baju Merah di Semenanjung Malaysia sahaja. Ramai yang terlupa bahawa Maria Chin Abdullah, dalam sidang media perlancaran BERSIH 5 September lalu, turut mengumumkan, Sabah dan Sarawak turut akan menganjurkan himpunan BERSIH di dua negeri Borneo berkenaan.

Seperti di Semenanjung, tuntutannya juga sama seperti apa yang dibuat oleh Maria Chin dan kuncu-kuncunya. Cuma, menurut perkhabaran, BERSIH di Sarawak turut menyelitkan tuntutan Sarawak untuk keluar daripada Persekutuan Malaysia dan sekali lagi mereka akan memutar belitkan fakta Perjanjian Penyertaan Sabah Sarawak kedalam Persekutuan Malaysia, 1963.
Menariknya, menurut Ketua Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor, pihaknya tidak memberi apa-apa kebenaran untuk mana-mana kumpulan termasuk BERSIH untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merdeka atau mana-mana lokasi di Sarawak. Tegasnya, keputusan ini selari dengan keputusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang tidak membenarkan mana-mana kumpulan untuk berhimpun pada 19 November ini.

Dia telah ditahan oleh pihak PDRM di Kota Marudu ketika begitu sibuk mengedarkan risalahnya kepada penduduk sekitar. tidak sukar untuk difahami bahawa apa yang sedang dilakukan oleh Maria adalah hasil daripada kemahuan Pengasas Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), Doris Jones yang kini sedang merempat di kota London.
Seluruh rakyat Sabah dan Sarawak mengakui bahawa antara impian Doris adalah untuk membawa keluar Sabah dari Persekutuan Malaysia. Gerakannya cukup licik dimana dia sudah banyak melakukan hasutan halusnya untuk mewujudkan satu kebencian terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Sesuatu yang harus di puji adalah bagaimana tindakan pihak PDRM di Kota Marudu yang bertindak pantas menahan Maria dan seterusnya mengusir pengkhianat ini keluar daripada Sabah. Pastinya, selaku Ketua Menteri, Datuk Seri Musa menyedari bahaya yang cuba dibawa Maria menerusi helah terbaru yang dilakukan oleh Doris Jones di Sabah.
0 comments:
Post a Comment