My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 6 November 2016

    ESSCOM Terima Panggilan Nelayan


    Dua tekong bot dilaporkan diculik sekumpulan lelaki bersenjata ketika menangkap ikan di antara perairan Mumiang dan Kertam, dekat sini, hari ini. Sumber-sumber polis, berkata kedua-duanya dipercayai warga Indonesia dan dilarikan ke lokasi yang tidak diketahui kemungkinan ke perairan negara jiran, pada 1.30 petang. 

    "Sehingga ini, pasukan keselamatan belum menerima laporan rasmi berhubung kejadian itu namun siasatan masih dijalankan. Ini termasuk mengenal pasti jumlah sebenar nelayan dan kumpulan bersenjata itu.

    "Sehingga ini, dua mangsa dipercayai tekong dua bot berasingan dilaporkan dibawa lari kumpulan bersenjata manakala kru bot ditinggalkan," katanya.

    Sementara itu, Komendar Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima laporan rasmi kejadian itu.

    "Kami belum menerima laporan secara terperinci dan hanya terima panggilan telefon daripada nelayan berkenaan. Susulan itu, pasukan keselamatan sudah dikerah ke perairan berkenaan," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ESSCOM Terima Panggilan Nelayan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top