Rakyat negara ini perlu berdiri teguh bersama kerajaan dalam merealisasikan impian menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terbaik untuk diwariskan kepada generasi akan datang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengenalan Transformasi Nasional 2050 (TN50) merupakan antara platform yang mampu merintis kepada impian meletakkan Malaysia di puncak kegemilangan.
“Kita ada agenda besar dan kita bukan mahu menjadi negara kelas kedua. Kita mahu menjadikan Malaysia sebagai negara terbaik dan sebab itu saya mencari jalan dengan memperkenalkan TN50,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Parti Pertubuhan Pasok-Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) di Pusat Kebudayaan Sabah di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment