Akibat tidak tahan dimarahi dan dihalang menghidu gam oleh ahli keluarganya, seorang pemuda bertindak kejam menetak bapa saudara dan dua sepupunya dalam satu kejadian amuk di Kampung Belangsat di sini tengah hari semalam.
Dalam kejadian pukul 12.40 tengah hari itu, Mohamad Fazil Daud, 22, menetak bapa saudaranya yang berusia 48 tahun pada kepala dan leher hingga cedera parah menggunakan sebilah parang.
Dua lagi sepupu suspek, kedua-duanya lelaki yang berusia 22 dan 23 tahun turut cedera akibat ditetak pada tangan.
0 comments:
Post a Comment