Ketenangan malam di pekan Endau di sini bertukar menjadi kecoh apabila lapan lelaki termasuk tiga remaja berusia 16 tahun yang masih bersekolah bergaduh di sebuah pusat hiburan pada malam kelmarin.
Pergaduhan itu dipercayai bermula apabila tiga remaja berkenaan cuba memecah masuk sebuah premis hiburan di Taman Fajar pada pukul 11 malam. Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superinten dan Cyril Edward Nuing bagaimanapun berkata, perbuatan tiga remaja yang cuba memecah masuk itu kemudian disedari oleh pemilik premis itu.
Justeru katanya, pemilik premis hiburan itu dan empat lagi lelaki lain yang berumur dalam lingkungan 26 hingga 52 tahun bertindak mengejar dan memukul ketiga-tiga remaja itu.
0 comments:
Post a Comment