Hanya tinggal kira-kira seminggu sahaja lagi, himpunan BERSIH 5 bakal diadakan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Melihat kepada tempoh yang tinggal serta reaksi pihak berkuasa terhadap perhimpunan ini, bolehlah disimpulkan bahawa himpunan BERSIH 5 kali ini dianggap sebagai perhimpunan haram.
Ini kerana, daripada respon yang ditunjukkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sendiri, mereka jelas menegah sebarang perhimpunan diadakan pada 19 November ini.
Malah, permohonan BERSIH untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh berkenaan juga telah diitolak oleh pihak berkuasa atas alasan wujud bantahan dan kebimbangan, pihak penganjur gagal mengawal tingkah laku peserta sepanjang perhimpunan itu berlangsung. Malah, pihak DBKL sendiri telah mengeluarkan arahan supaya BERSIH usah menggunakan Dataran Merdeka untuk berhimpun.
Bukan satu perkara yang mengejutkan apabila Pengerusi BERSIH, Maria Chin mempersoalkan arahan pihak DBKL dan PDRM ini. Maria dilaporkan berkata, Dataran Merdeka bukan hak milik DBKL yang sewenang-wenangnya melarang apa jua perhimpunan diadakan di padang berkenaan.
Malah, memetik laporan daripada beberapa portal berita, Maria turut mempersoalkan kenapa himpunan ini tidak mendapat kebenaran dari pihak PDRM sedangkan pihaknya telah melakukan semua prosedur untuk memohon permit perhimpunan khas seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.
Persoalannya, jika Dataran Merdeka bukan milik DBKL, siapakah yang menyelenggara dan mengindahkan tapak warisan berkenaan? Malah, mengikut pengalaman, para pekerja DBKL juga yang bertanggungjawab mengemaskan lokasi berkenaan setiap kali perhimpuna sebegini diadakan. Tambahan pula, Dataran Merdeka terletak di Kuala Lumpur dan sudah semestinyalah pihak DBKL yang bertanggungjawab menyelenggarakannya.
Apakah Maria fikir, Dataran Merdeka itu hak milik persendirian BERSIH sehingga sewenang-wenangnya menempelak arahan yang dikeluarkan oleh DBKL? Adakah ini yang dinamakan Maria sebagai mengikut segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa?
Penolakan Kementerian Dalam Negeri dan PDRM terhadap permohonan BERSIH untuk mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur sebenarnya mempunyai asasnya yang tersendiri. Mengikut undang-undang, pihak polis akan menampal notis pemberitahuan kepada orang ramai samada untuk menerima atau membantah sebarang perhimpunan diadakan di lokasi yang dipohon.
Jika terdapat bantahan, pihak berkuasa berhak untuk menolak permohonan berkenaan dan pihak pemohon harus akur kepada arahan yang dikeluarkan. Masalah ini Maria dan BERSIH secara terang-terangan mempertikaikan arahan berkenaan. Tinggi sungguh keegoan BERSIH sehingga berani melanggar undang-undang hanya disebabkan mereka dibayar oleh George Soros?
Justeru, tidak hairanlah apabila tindak tanduk biadab BERSIH ini mendapat perhatian Gerakan Baju Merah yang menyatakan komitmen mereka untuk berada dimana sahaja lokasi yang dirancang oleh BERSIH. Mereka hanya akan berundur jika BERSIH membatalkan hasrat untuk mengadakan perhimpunan.
Masalahnya, BERSIH masih kekal mahu mengadakan perhimpuan dan Baju Merah akan tetap dengan pendirian untuk memerangi BERSIH. Ini satu janji oleh Datuk Seri Jamal Md Yunus. Masih mahu menganggap Baju Merah sebagai kumpulan melanggar undang-undang? Apa yang jelas, BERSIH sendiri yang melancarkan kebiadaban mereka, bukan Baju Merah!
0 comments:
Post a Comment