My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 10 November 2016

    Sejak Bila Kemenangan Presiden Amerika Memberi Faedah Untuk Umat Islam?






    Semalam, secara rasminya, seorang selebriti dan taikun hartanah terkenal, Donald J Trump memenangi pemilihan Presiden Amerika ke 45. Boleh dikatakan, kemenangan ini agak mengejutkan kerana ramai yang menyangka, Hillary Clinton akan memenangi pilihan raya Presiden kali ini berdasarkan kepada populariti yang diraih olehnya sepanjang kempen selama 20 bulan ini.

    Dengan memperolehi 290 undi, Trump dilihat sebagai seorang bakal Presiden yang akan menjadikan Amerika sebagai sebuah negara uniliteral semula. Selama 20 bulan, beliau dilihat cukup lantang bersuara mengenai hak-hak eksklusif Amerika disamping dasar-dasarnya yang enggan mengiktiraf imigran luar tinggal bebas di Amerika.

    Lebih memburukkan keadaan, Trump juga disifatkan sebagai seorang anti Islam berdasarkan ucapannya beberapa bulan lalu yang enggan menerima kemasukan mana-mana umat Islam ke Amerika terutamanya mereka yang datang dari sebuah negara yang ada hubung kait dengan pengganas.

    Persoalannya, adakah semua kesalahan dan kebimbangan hanya diletakkan keatas Trump seorang? Sebenarnya, jika kita memahami sistem politik Amerika, sesiapa sahaja yang memenangi pilihan raya Presiden Amerika, mereka hanyalah sekadar satu simbol kekuasaan bagi Amerika. Mereka hanya memiliki beberpa hak keputusan eksekutif serta memegang kunci utama persenjataan nuklear Amerika.

    Sebaliknya, yang memenangi pemilihan ini adalah para pelobi Yahudi yang sentiasa mengawal semua pergerakan Presiden Amerika termasuk keputusan-keputusan getir berhubung dasar luar Amerika. Harus diingat, sepanjang kempen 20 bulan Trump dan Hillary, mereka langsung tidak menyentuh mengenai peluang mewujudkan kedamaian berterusan di Asia Barat terutamanya Palestin.

    Kedua-dua mereka lebih berminat untuk memperkatakan masa hadapan Amerika dan dasar-dasar ekonomi Amerika dengan dunia luar. Hal-hal berkaitan umat Islam atau negara-negara konflik seperti Syria, Iraq, Yemen dan banyak lagi, hanya disentuh terlalu sedikit oleh kedua-dua calon ini.

    Justeru, adalah menjadi satu kekeliruan, dimanakah pentingnya kemenangan Hillary dan kebimbangan utama umat Islam terhadap kejayaan Trump? Berapa ramaikah yang sedar bahawa kebanyakan keputusan negara berkenaan dibuat menerusi Setiausaha Negara yang akan dilantik sebaik sahaja bakal Presiden Amerika mengangkat sumpah 20 Januari ini?

    Lihat sahaja bagaimana Colin Powell yang menasihatkan Bush Senior untuk melancarkan serangan hebat keatas Iraq hanya bersandarkan alasan yang lemah. Tidak ketinggalan bagaimana dunia menganggap seorang wanita yang lembut menjadi Setiausaha Negara di bawah Bush, bertindak menasihati Bush untuk menjahanamkan Iraq buat kali kedua hanya dengan alasan Iraq mempunyai senjata pemusnah.

    Tuga seorang Presiden hanya perlu menyatakan ya ataupun tidak selain daripada menjadi simbol atau "puppet Yahudi" di White House. Selebihnya, percaturan politik dan ketenteraan banyak diputuskan di peringkat Senat, Kongres dan Pentagon.

    Tidak kiralah siapa jua Presiden Amerika, baik Trump mahupun Hillary, bayang-bayang Israel sentiasa ada di Amerika dan tanpa mengira berapa orang sekalipun Presiden Amerika, nasib 1.5 bilion umat Islam bukan ditentukan di White House. Sebaliknya, nasib dan masa depan umat Islam ditentukan menerusi betapa kuatnya kesepakatan Islam dalam menentang dakyah Yahudi dan Barat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sejak Bila Kemenangan Presiden Amerika Memberi Faedah Untuk Umat Islam? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top