My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 9 November 2016

    Kawasan Perlindungan Sepenuhnya Akan Diperluas Kepada 30 Peratus - Musa



    Sabah berikrar untuk mengembangkan kawasan perlindungan sepenuhnya (TPA) negeri itu kepada 30 peratus dalam 10 tahun akan datang, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Katanya, ini akan meningkatkan TPA sekarang kepada 1.8 juta hektar atau 24.2 peratus daripada keluasan negeri Sabah.

    “Usaha ini perlu melangkaui bukan setakat perlindungan di atas kertas tetapi ia perlu diuruskan, termasuk menambah sumber dan keupayaan bagi melindungi kawasan biologi spesies hidupan liar daripada ancaman, seperti pemburuan haram,” katanya ketika merasmikan persidangan antarabangsa ‘Heart of Borneo’ di sini semalam.

    Perluasan TPA ini perlu dijalankan seiring dengan rasionalisasi berterusan penggunaan tanah bagi kesejahteraan sosio-ekonomi masyarakat tempatan, khususnya mereka yang tinggal bersebelahan dengan kawasan perlindungan.

    Beliau berkata masyarakat juga perlu dilibatkan melalui pelbagai inisiatif seperti ekopelancongan dan dipandu bagi memastikan mereka akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini. Katanya, pengurusan hutan yang baik perlu dirangsangkan, dan ini termasuk usaha bagi memulihkan hutan Sabah dari segi kapasiti produktif dan fungsi.

    “Kerajaan negeri sudah membuat pelaburan yang besar, sehingga kini, peneraju dalam Unit Pengurusan Hutan dan dermawan telah memulihkan serta menanam semula sehingga 600,000 hektar hutan, yang terbesar di negara ini,” katanya.

    Ketua Menteri berkata, penekanan yang sama telah diberikan kepada pembangunan tanah di luar kawasan perlindungan hutan dan hutan simpan melalui pengenalan amalan-amalan terbaik dalam pelbagai sektor, termasuk pertanian.

    Katanya, salah satu inisiatif yang diperkenalkan di Sabah ialah Perakuan Kelestarian Minyak Sawit Sabah, program 10 tahun yang dilancarkan pada tahun lepas bagi membolehkan keluaran minyak sawit negeri itu diperakui sebagai minyak sawit yang lestari. “Adalah menjadi harapan saya, menjelang 2025, semua ladang kelapa sawit, besar dan kecil, diiktiraf sepenuhnya,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kawasan Perlindungan Sepenuhnya Akan Diperluas Kepada 30 Peratus - Musa Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top