Perbuatan dayus seorang penjual kuih memukul isterinya hingga parah dengan sebatang kayu berbalas apabila dia dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam. Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Zulazman Ramli, 32, selepas tertuduh mengaku bersalah di atas dakwaan tersebut.
Zulazman didakwa sengaja memukul istrinya, Nik Ummi Amirah Rosli, 32, menggunakan sebatang kayu di rumah sewa No.7, belakang Pasar Raya Laloh, dekat Kuala Krai pada pukul 3.15 petang, 19 Mei lalu.
Pukulan itu mengakibatkan jari telunjuk dan tulang tangan kiri wanita itu patah selain lebam di seluruh badan. Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit bersalah.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Siti Hajar mencadangkan supaya tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran agar tertuduh insaf dan tidak mengulangi kejadian tersebut di masa hadapan.
0 comments:
Post a Comment