My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 8 November 2016

    Malaysia Amal Dasar Ekonomi Pragmatik Sejak Merdeka



    Malaysia adalah negara terbuka yang mengamalkan dasar ekonomi pragmatik sejak mencapai kemerdekaan pada 1957 serta mempunyai corak perancangan pembangunan ekonomi yang relevan dengan situasi semasa. 

    Pengerusi Institut Kajian Khazanah (KRI) merangkap Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, transformasi dicapai negara berpaksikan perancangan lebih pragmatik demi pembangunan menyeluruh meliputi setiap aspek utama ekonomi. 

    Beliau berkata, langkah dilakukan pemimpin dan kerajaan sejak awal kemerdekaan memberikan impak positif sehingga kadar kemiskinan adalah hampir kepada kadar sifar pada masa kini.

    “Sejak Tanah Melayu merdeka, 51 peratus daripada penduduknya adalah kategori rakyat miskin dengan 70 peratus daripadanya kaum Melayu. Ini kerana kita masih baru dan tiada pengalaman membentuk ekonomi selepas memberikan ucap tama pada Persidangan Antarabangsa Malaysia-Perancis di sini, semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Malaysia Amal Dasar Ekonomi Pragmatik Sejak Merdeka Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top