Memperlihatkan tindak tanduk Maria Chin Abdullah sejak 2005 lagi, agak menghairankan, bagaimana individu yang sudah acapkali mengancam kedaulatan undang-undang negara ini, boleh lepas bebas tanpa pendakwaan yang benar-benar serius. Dia masih bebas mencabar undang-undang walaupun sudah kerap kali diberi amaran berhung sikap dan tingkah lakunya sebelum ini.
Dia kerap cuba menghastu rakyat negara ini untuk bangkit melawan kerajaan yang ada pada hari ini walaupun Maria dan BERSIH berulang kali memberitahu, BERSIH bukan membawa idealogi politik mana-mana pihak.
Sejak 2007, sewaktu Maria bersama-sama pemimpin BERSIH yang lain melancarkan demo BERSIH 1, bukan sedikit kerosakan yang dilakukan oleh para peserta BERSIH. Kemuncak yang dapat kita renung adalah siri demo BERSIH 3 yang telah menyebabkan kerugian pada pihak kerajaan mececah RM 1 juta.
Apa yang menghairankan, baik Maria mahupun pemimpin BERSIH yang lain, hanya dikenakan denda yang langsung tidak munasabah. Malah, sehingga kini, usahkan kata ditahan di lokap, di penjara pun tidak pernah dia rasai. Disinilah timbul persoalan, adakah BERSIH telah mendapat restu beberapa pihak dalam kerajaan?
Dakwaan ini timbul apabila melihat Maria langsung tidak pernah ditahan. Malah gerakan yang dilancarkannya langsung tiada sebarang sekatan yang benar-benar serius. Berlainan dengan seteru utama BERSIH, Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunus boleh dikatakan setiap bulan akan menghuni lokap beberapa ibu pejabat polis sekitar ibu negara.
Adakah Maria, Ambiga dan lain-lain penganjur BERSIH, benar-benar kebal daripada sebarang pendakwaan di bawah SOSMA? Bukankah satu kesalahan besar yang boleh di dakwa di bawah SOSMA andai didapati mengancam keselamatan negara?
Jika ada yang mengatakan BERSIH itu tidak mengancam keselamtan negara serta mencabar undang-undang, adakah dengan mengatakan mahu menjatuhkan kerajaan hari ini menerusi demonstrasi jalanan merupakan hanya satu luahan perasaan yang bukannya mengancam keselamatan dan sistem demokrasi?
Adakah dengan menerima sumbangan dana sehingga RM 3.2 bilion daripada seorang Yahudi bernama George Soros yang amat berminat menjatuhkan kerajaan, tidak ada salahnya kepada pihak berkuasa? Adakah dengan menghasut orang ramai untuk bangkit menjatuhkan kerajaan dianggap perjuangan suci oleh pihak berkuasa?
Kata orang, untuk mengawal keadaan, kita harus mencegahnya dari awal. Namun dalam kes Maria, kerosakan yang dibawanya telah teruk dan pihak berkuasa masih terlalu takut untuk menahan mereka yang jelas menghina kedaulatan negara di bawah Akta SOSMA, bukan Akta Perhimpuan Aman 2012.
Maria dan BERSIH harus dihentikan kerana dari BERSIH lah Gerakan Baju Merah muncul yang kini telah menyebabkan orang ramai kian bimbang menerusi perhimpunan-perhimpunan yang dibuat oelh mereka. Usah menggadaikan keselamatan dan keharmonian negara hanya kerana kita mahu menjaga sensitiviti pihak lain.
Malaysia mempunyai undang-undangnya yang tersendiri dan tiada sebab untuk kita terlalu gentar menahan Maria dan kuncu-kuncunya dalam Akta SOSMA. Disebabkan kebiadaban BERSIH inilah munculnya siri demo untuk membalas semua yang dilakukan oleh BERSIH.
0 comments:
Post a Comment