Sepanjang minggu lalu, antara paling hangat diperkatakan bagaimana seorang anak jati Sekinchan mampu menggegarkan politik tanahair dengan tindakan nekadnya. Beliau yang dimaksudkan adalah Datuk Seri Jamal Md Yunus. Minggu lalu sahaja, 2 gerakannya telah berjaya mengajar BERSIH dan para pengikutnya, apa itu kebangkita orang Melayu yang sudah lama bersabar.
Semuanya gara-gara kedegilan Maria Chin Abdullah yang tetap berkeras untuk mengadakan himpunan BERSIH 5 seperti yang dijadualkan. Ditambah pula dengan pendedahan eksklusif bagaimana penyangak wang antarabangsa, George Soros membiayai pelbagai gerakan yang mahu menjatuhkan kerajaan, kemarahan ramai pihak berhubung perkara ini bagai tidak dapat disekat sama sekali.
Semuanya bermula apabila Datuk Seri Jamal secara tiba-tiba ditahan oleh pihak polis sebaik sahaja tiba dari Dubai. Penahanan ini disebabkan komen yang dimuat naik menerusi satu akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya yang dikatakan mahu melancarkan perang habis-habisan terhadap BERSIH dan membangkitkan semula insiden 13 Mei.
Sebaik sahaj dibebaskan 48 jam kemudian, dengan nada tegas Datuk Seri Jamal berjanji akan membenteras BERSIH habis-habisan walaupun terpaksa bermandi darah sekalipun. Reaksi keras beliau ini pantas mendapat perhatian beberapa pemimpin pembangkang yang bimbang, pergaduhan besar-besaran mungkin berlaku sewaktu pertembungan Merah-Kuning ini pada 19 November ini.

Tidak terhenti disitu, usai solat Jumaat lalu, kira-kira 100 orang peserta Baju Merah menyerbu pula Yayasan Kepimpinan Perdana yang didiami oleh Tun Dr Mahathir untuk menuntut jawapan dari Mahathir berhubung tindak tanduknya yang begitu giat mencabar sistem demokrasi negara. Kunjungan tidak diduga ini
mendapat sambutanbaik dari Mahathir dan himpunan ini selesai, sejam kemudian.
Minggu lalu juga mencatatkan satu lagi kejutan apabila Paduka Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al Haj menempelak golongan yang suka melakukan kerosakan dalam negara seperti mengadakan perhimpuan BERSIH, tindak tanduk Mahathir yang menghasut rakyat menentang kerajaan dan sebagainya.

Akhirnya, seperti yang dijangka, surat terbuka Syed Saddiq ini mendapat kecaman ramai yang menyifatkan anak kelahiran Johor ini sebagai biadab dan tidak berakal. Tidak sukar untuk menjangkakan, tindakan Syed Saddiq ini didorong oleh ketaksubannya terhadap Mahathir sehingga berani menyanggah titah dan amaran Kebawah Duli Tuanku.
Kemuncak segala kebangkitan Merah dapat disaksikan di Petaling Jaya semalam apabila Datuk Seri Jamal memimpin kira-kira 2,000 orang peserta Baju Merah mengepung pejabat urusan MalaysiaKini seperti yang dijanjikan oleh Datuk Seri Jamal, Khamis lalu.
Mereka menuntut jawapan konkrit dari MalaysiaKini berhubung tajaan Soros keatas portal pembelit pembangkang no 1 negara berkenaan. Walaupun pihak MalaysiaKini cuba menjelaskan keadaan sebenar, namun kemarahan orang ramai dengan MalaysiaKini yang dipendamkan sekian lama, gagal disekat.

Namun sesuatu yang harus dipuji, sepanjang beberapa gerakan yang dilancarkan oleh Baju merah, mereka masih mengekalkan disiplin mereka di lokasi dan sehingga kini, tiada sebarang laporan vandalisme di laporkan. Malah, mereka sendiri mengutip segala sampah sarap yang ditinggalkam oleh para peserta di lokasi perhimpunan.
0 comments:
Post a Comment