Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas perahu panjang dinaikinya bersama empat lagi rakannya terbalik dan karam di Batang Lupar, Entawai Ulu kelmarin ditemui mati lemas di sungai berkenaan hari ini.

"Mayat mangsa sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi media sebentar tadi.
Media sebelum ini melaporkan sebuah bot yang dinaiki lima lelaki ketika sedang memancing terbalik lalu karam kira-kira pukul 9.30 malam ekoran hujan lebat. Dalam kejadian itu, empat lagi mangsa berjaya menyelamatkan diri.
0 comments:
Post a Comment