My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 8 November 2016

    MCA Bidas Kerajaan DAP Pulau Pinang Sebagai Rakus




    Untuk kesekian kalinya, Pulau Pinang dilanda banjir kilat yang dilihat tidak mungkin akan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Menariknya, pemimpin DAP Pulau Pinang manyalahkan hujan yang terlalu lebat serta keengganan kerajaan menyalurkan peruntukan tambahan untuk membantu kerajaan negeri menyelenggara sistem perparitan.

    Hakikat sebenarnya, kerajaan negeri dilihat gagal menangani masalah banjir yang berlaku setiap kali hujan lebat turun di Pulau Pinang. DAP negeri selaku parti kerajaan di Pulau Pinang seolah-olah sengaja memandang mudah sistem perparitan di negeri ini. Malah, penjarahan kwasan bukit di negeri ini juga antara penyumbang utama banjir yang berlaku.

    Melihat akan perkara ini, Timbalan Pengerusi MCA negeri, Tan Teik Cheng menegaskan, kejadian banjir kilat yang kerap berlaku ketika ini sebahagian besarnya disebabkan kesilapan kerajaan negeri yang meluluskan terlalu banyak projek pembangunan yang ada diantaranya langsung tidak mengambil kesesuaian persekitaran.

    Beliau memberitahu, pembangunan melampau di sekitar Paya Terubong, Ayer Itam dan Sungai Pinang mengundang risiko banjir di kawasan ber­kenaan kerana kedudukannya yang hampir dengan sungai. Dalam masa sama, sistem perparitan dan saliran pula ‘dihancurkan’ oleh dasar kerajaan negeri yang terlalu propembangunan termasuk di kawasan bukit.

    Ujar beliau lagi, keadaan ini tidak pernah berlaku sepanjang Barisan Nasional mentadbir negeri ini sebelum ianya dirampas oleh DAP pada tahun 2008.

    Justeru katanya, adalah tidak adil untuk menyalahkan Barisan Nasional semata-mata apabila berlakunya banjir di Pulau Pinang, Sebaliknya, beliau menegaskan, selaku kerajaan negeri, Guan Eng dan DAP harus bertanggungkawab keatas keselesaan dan kesejahteraan rakyatnya, bukan menunding jari kepada pihak lain.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MCA Bidas Kerajaan DAP Pulau Pinang Sebagai Rakus Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top