“Sekiranya negara ini huru-hara kerana seorang yang bernama Ahok, saya sanggup ditangkap dan dipenjarakan tetapi saya tidak akan ke penjara kerana fitnah,” media tempatan memetiknya sebagai berkata ketika mengulas tentang demonstrasi besar-besaran terhadapnya di Jakarta, Jumaat lepas.

“Saya tidak akan menarik diri daripada pilihan raya ini. Saya lebih rela dipenjara sekiranya saya melanggar undang-undang,” katanya.
Tambah Gabenor itu, beliau akan terus memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang menyiasat kesnya. Susulan kemarahan berhubung ucapannya, Ahok yang beragama Kristian telah membuat permohonan maaf dan memberitahu, beliau tidak berniat menyinggung perasaan umat Islam dan ucapannya telah disalahertikan.

Dalam pada itu, kawalan keselamatan di sekitar kediaman Ahok dipertingkatkan berikutan kemarahan membuak-buak masyarakat Islam. Ketua Polis Indonesia, Tito Karnavian menyatakan dalam satu sidang media Jumaat lalu bahawa satu siasatan menyeluruh dan telus akan dilakukan berhubung dakwaan Ahok telah menghina agama Islam.
0 comments:
Post a Comment