My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 9 November 2016

    Trump Perlukan 23 Undi Untuk Ke White House


    Perlumbaan sengit antara Donald J Trump dan Hillary Clinton untuk menjadi Presiden Amerika ke 45 berlangsung hari ini. Sejak 20 bulan yang lalu, baik di Amerika mahupun di serata dunia, ramai yang memperkatakan siapakah yang akan menerajui Amerika dan seterusnya mencorak pentadbiran Amerika yang baru setelah era agak tenang sepanjang pentadbiran Presiden Obama.

    Melihatkepada keputusan terkini, Trump dilihat selesa dihadapan dengan meraih 247 undi dengan meninggalkan calon kegemaran ramai, Hillary Clinton dengan 215 undi. Untuk melayakkan seseorang menjadi Presiden Amerika yang baru, beliau mestilah memperoleh 270 undi minima dan Trump kini hanya memerlukan 23 undi untuk mengesahkan kemenangan.

    Dalam perkembangan yang sama, kem Hillary menerima tamparan hebat apabila beberapa buah negeri yang secara tradisinya milik demokrat, beralih arah kepada Republikan. Walaupun Hillary secara tidak rasmi memenangi persaingan di California, namun beliau tewas di Florida, salah satu kerusi utama yang kebiasaannya menjadi penentu kemenangan seseorang calon Presiden.

    Walaupun persaingan untuk merebut tempat ke Rumah Putih masih berlangsung, namun, dari segi kedudukan terkini, Trump selesa mendahului di Michigan yang menawarkan 16 undi, Pennsylvania dengan 20 undi, Winsconsin, 10 undi dan Arizona, 11 undi perwakilan.

    Secara rawaknya, Trump kini sudah boleh diisytiharkan sebagai Presiden baru Amerika Syarikat jika bersandarkan kepada kedudukan terkini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Trump Perlukan 23 Undi Untuk Ke White House Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top