Kadang kala cinta boleh membahagiakan dan ada ketika, cinta boleh membinasakan. Inilah yang banyak diperkatakan orang jika berbicara tentang cinta. Masing-masing ada definasi tersendri dan terpulanglah kepada seseorang itu untuk menggunakan akalnya yang waras dalam mengatasi segala bentuk hasutan samada untuk kebaikan atau keburukan.
Namun begitu, bukan semua orang mampu untuk berhadapan dengan kekecewaan. Lihat sahaja bagaimana seorang lelaki hampir mati dibelasah oleh orang ramai selepas dia merogol seekor kambing di Nangwe, Zambia.
Gabrielle Samiyi, 26 tahun mendakwa, dia memperkosa haiwan berkenaan selepas cintanya ditolak beberapa wanita. Katanya, dia berusaha untuk menjadi lelaki sebenar dan cuba untuk mengorat beberapa orang gadis. Namun reaksi yang diterimanya, cukup mendukacitakan. Bukan sahaja cintanya ditolak, malah ada diantaranya mendakwa, haiwan sendiri tidak akan suka kepadanya.
Geram akan penghinaan yang diterimanya, dia mula melakukan kerja gilanya apabila menyasarkan haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan ayam sebagai pelampias nafsu serakahnya.
Menurut beberapa saksi, mereka pernah ternampah dia sedang merogol seekor lembu namun usaha menangkapnya gagal kerana dia licik melarikan diri. Sehinggalah baru-baru ini, seorang pemilik kambing di kampung yang sama tempat dia tinggal berjaya menahannya semasa dia sedang "enak" melampiaskan nafsunya dengan seekor kambing peliharaannya.
Simiyi ditahan selepas pemilik kambing, Richard Wanyonyi memeriksa haiwan itu di Nangwe setelah mendengar kambing itu mengembek. “Saya sangka kambing saya bergaduh sesama sendiri. Saya ke kandang dan menyalakan lampu suluh. Saya terkejut melihat lelaki itu. Dia berlari dengan pantas meninggalkan haiwan berkenaan.
Saya terkejut melihat lelaki itu. Dia berlari dengan pantas meninggalkan haiwan berkenaan. “Saya tidak dapat melihat wajahnya kerana kegelapan malam. Tetapi saya peroleh kasutnya dan mula mencarinya pagi itu,” kata Wanyonyi.
Dalam pengakuan Simiyi, dia mengakui mempunyai masalah serius dan memerlukan bantuan kerana dakwanya, setiap kali dia cuba mendekati gadis, mereka akan menolaknya. Lebih menyakitkan hatinya adalah gadis berkenaan menghinanya tidak kira di tempat sunyi atau ditempat awam. Disebabkan itulah dia mengambil keputusan menjalinkan hubungan seks dengan haiwan ternakan.
0 comments:
Post a Comment