My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 9 May 2017

    Kontraktor Bazir Air Di Tapak Pembinaan Didenda RM5,000



    SEORANG kontraktor didenda RM5,000 selepas didapati membazirkan air di tapak pembinaan di Kampung Gudang Empat, Tawau, Jumaat lalu. Dalam kejadian jam 4 petang itu, sambungan paip air milik lelaki berusia 51 tahun terbabit dipotong kerana penggunaan air secara tidak berhemah. 

    Difahamkan, tindakan lelaki itu membiarkan air keluar dari dua tangki simpanan air miliknya menyebabkan bekalan air kepada lebih 300 pengguna di kawasan sama terjejas kerana masalah tekanan air rendah.

    Jurutera Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Tawau, Ishar Hamka Ismail berkata, sebelum kejadian, pihaknya mengesan sebuah tapak pembinaan di kampung itu dipercayai melakukan pembaziran air. “Anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan lanjut di tempat kejadian. Mereka mendapati pemilik dua tangki simpanan air membiarkan air sentiasa mengalir keluar dari tangki berkenaan.

    “Air berkenaan diambil daripada paip air dengan sambungan yang sah. Namun, ia melanggar peraturan kerana melakukan pembaziran,” katanya.

    Ishar Hamka berkata, pihaknya turut menyita dua tangki air milik kontraktor berkenaan. “Kontraktor terbabit dikenakan kompaun RM5,000 mengikut Seksyen 54 (1) (b) Enakman Bekalan Air Sabah 2003. Semua barang yang disita dibawa ke JANS Tawau untuk siasatan lanjut,” katanya.

    Sementara itu, beliau berkata, pihaknya meminta pengguna mematuhi undang-undang sebagaimana dinyatakan dalam Enakmen Bekalan Air 2003 atau berdepan dengan denda yang berat jika didapati melakukan kesalahan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kontraktor Bazir Air Di Tapak Pembinaan Didenda RM5,000 Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top