My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 4 May 2017

    Tambah 12 Pesawat



    Malaysia Airlines Berhad (MAB) merancang menambah antara 10 hingga 12 pesawat badan besar (wide body aircraft) dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Ketua Pegawai Eksekutif MAB Peter Bellew berkata, pertambahan itu perlu bagi menampung keperluan Malaysia Airlines yang merancang memperluaskan penerbangan ke 26 laluan baru tahun depan. 

    “Tahun ini kita menilai untuk membuka 11 laluan baru manakala tahun depan kita mempertimbangkan membuka 26 laluan baru lagi. Jadi, kami memerlukan lebih banyak pesawat badan besar bagi menampung keperluan ini kerana jumlah pesawat yang ada ketika ini tidak mencukupi.

    “Tahun depan, kami merancang memperoleh lima hingga tujuh pesawat badan besar,” katanya selepas pengumuman penyertaan MAB dalam inisiatif Negaraku di Bangunan Perdana Putra di sini, semalam.

    Beliau berkata, ketika ini Malaysia Airlines beroperasi di kebanyakan lapangan terbang utama di ASEAN, Australia dan India, selain dalam pelan mengembangkan operasi ke lebih banyak laluan di China. “Sekarang kami mempunyai 54 pesawat Boeing 737, 15 pesawat A330 dan enam pesawat A380.

    “Perniagaan segmen antarabangsa Malaysia Airlines menunjukkan peningkatan ketara terutama dari China, jadi kita perlu berusaha keras mendapatkan pesawat baru untuk menampung keperluan ini,” katanya.

    Menurutnya, pada masa sama, MAB mengambil kakitangan baru termasuk anak kapal dan bahagian penyelenggaraan bagi memastikan operasi penerbangan berjalan lancar. Katanya, ketika ini, MAB mempunyai 1,100 juruterbang. Dalam pada itu, Bellew berkata, pelan pemulihan Malaysia Airlines kini dalam keadaan sangat baik.

    “Faktor muatan penumpang Malaysia Airlines dalam tempoh sembilan bulan lalu meningkat kepada 15 peratus. Pada Disember lalu, kami mencatatkan rekod faktor muatan penumpang tertinggi sebanyak 90 peratus berbanding syarikat perkhidmatan penerbangan penuh lain di dunia. “Jumlah ini lebih tinggi daripada American Airlines, British Airways dan Singapore Airlines,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tambah 12 Pesawat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top