My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 7 July 2017

    Anjing Jadi Garang



    Kedudukan Kampung Paon Rimu Bakung di Serian yang hanya kurang 25 kilometer dari sempadan negara menyebabkan haiwan yang berkemungkinan berpenyakit dari kawasan negara jiran boleh masuk dengan mudah. 

    Ketua kampung itu Stephen Empudot berkata, kawasan kampung berkenaan dikelilingi ladang kelapa sawit dan haiwan seperti anjing sering menjadi peneman kepada penduduk kampung yang menjalankan kegiatan pertanian itu. Menurutnya, haiwan peliharaan itu dibawa bersama untuk tujuan keselamatan sekiranya diganggu haiwan liar ketika berkebun.

    “Tapi sejak April lalu, ada penduduk yang mengatakan anjing peliharaan mereka diserang anjing yang dipercayai masuk dari negara jiran. Selepas beberapa hari anjing penduduk mula menunjukkan perlakuan pelik.

    “Anjing yang sebelum ini jinak dan tidak mengganggu penduduk tiba-tiba bertukar menjadi agresif sehingga menggigit manusia tanpa sebab. Keganjilan itu menyebabkan haiwan itu dibunuh kerana bimbang akan bertindak lebih bahaya,” katanya.

    Beliau berkata, bagaimanapun tidak ramai penduduk mengetahui keganjilan perlakuan anjing di kampung berkenaan disebabkan wabak rabies menyebabkan ada antara mereka yang tidak mendapatkan suntikan vaksin selepas digigit haiwan itu.

    Untuk rekod, 68 penduduk di Kampung Paon Rimu, Kampung Paon Krait, Kampung Paon Rimu Bakung, Kampung Lebor dan Kampung Remun dilaporkan digigit anjing sejak April hingga Julai ini namun hanya 27 daripada mereka mendapatkan vaksin.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, bagi memastikan wabak rabies terkawal, klinik veterinar swasta dibenarkan menjual vaksin kepada haiwan itu bermula kelmarin.

    Menurutnya, keputusan itu memudahkan pemilik anjing dan kucing mendapatkan vaksin untuk haiwan peliharaan mereka walaupun tidak tinggal di kawasan yang terjejas dengan wabak berkenaan.
    “Pemilik klinik veterinar boleh mendapatkan vaksin berkenaan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar supaya pemilik anjing dan kucing peliharaan mendapatkan suntikan untuk haiwan mereka,” katanya. Setakat ini, hanya seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dari Kampung Lebur di Gedong, Serian masih menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

    Dua beradik, Monica dan Jackson Mazlan masing-masing berusia enam dan empat tahun yang menetap di Kampung Paon Rimu Bakung meninggal dunia di HUS Selasa lalu selepas dijangkiti wabak itu sejak awal Jun lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Anjing Jadi Garang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top