Dalam arus politik semasa hari ini, boleh dikatakan semua penyokong Pakatan Harapan sedang berusaha untuk menyucikan DAP dari imej rasis dan ultra kiasu yang selama ini menjadi dokongan parti berkenaan. Setiap hari, ada sahaja kenyataan yang menepis sebarang tuduhan rasis yang dilemparkan terhadap parti berkenaan.
Hakikat sebenarnya, sejak penubuhan parti berkenaan pada 1966, imej Malaysia Malaysian yang membawa erti mewujudkan sebuah negara Republik adunan DAP dan Lim Kit Siang, amat sukar untuk di hakis. Namun begitu, imej ini cuba disucikan secara perlahan-lahan oleh DAP dan para penyokongnya bermula dari tahun 2002.
Bagi para penyokong dan ahlinya, DAP kononnya berpegang teguh kepada Perlembagaan Malaysia walhal pada hakikatnya, dasar-dasar parti cauvinis itu menghina dan berlawanan dengan Perlembagaan.
Mereka cuba menafikannya namun jika dilihat kepada beberapa dasar songsang DAP seperti penghapusan pembahagian antara bumiputera dan bukan bumiputera dengan memperkenalkan perlaksanaan kesaksamaan etnik dan penggantian sistem kuota etnik dengan dasar 'merit dan keperluan', ianya jelas melambangkan sikap hipokrasi DAP.
Sebenarnya, cukup banyak dasar DAP ini menyesatkan dan melanggar Perkara 153 Perlembagaan Malaysia yg jelas menggariskan kedudukan istimewa Bumiputera dan sistem kuota. Mari kita lihat prihal Perkara 153 dan dari situ mungkin kita akan lebih memahami permainan kotor DAP yang tidak pernah menghormati Perlembagaan Negara.
1. Perizaban kuota berkenaan dgn perkhidmatan, permit, dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri antara Negeri Sabah dan Sarawak.
2. Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Deklarasi Setapak 1967 masih lagi terpampang di dalam web rasmi DAP tanpa mereka rasa malu bersalah. Ini secara tidak langsung menunjukkan DAP masih berpegang kepada deklarasi itu. Sila layari https://dapmalaysia.org/…/deklarasi-parti/deklarasi-setapak/.
Deklarasi DAP ini sangat jelas telah menghina Perlembagaan Negara yang telah menggariskan kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak. Antaara lain, Deklarasi berkenaan menyebut:
"Deklarasi Setapak memperkukuh pandangan DAP bahawa dalam proses membina negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok Bumiputera' dan bukan Bumiputera di TENTANG"
Perenggan 4 Fasal II DAP juga telah MELANGGAR Perkara 11 (Kebebasan beragama) dalam Perlembagaan Malaysia. Begitu juga dengan dasar DAP lain yang menghina Islam dan Perlembagaan Negara.
Melihat kepada keterangan ringkas di atas, masih lagikah mahu mengatakan bahawa DAP kini lebih literal dan lebih terbuka dalam menerima hak bumiputera? DAP tetap DAP dan imej dan perjuangan DAP ini tidak akan mungkin dapat dihakis buat selama-lamanya.
0 comments:
Post a Comment