Kira-kira 3 tahun yang lalu, sebuah pesawat milik MAS, MH17 yang dalam penerbangan dari Armsterdam menuju ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh oleh pemberontak di Donestk, Timur Ukraine. Insiden ini cukup mengejutkan dunia kerana buat kali pertama sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua, sebuah pesawat awam di tembak jatuh walapun langsung tidak memberi sebarang ancaman.
Insiden ini cukup melukakan negara kerana ianya telah mengorbankan kesemua 298 orang penumpang dan anak kapal. Lebih menambah rasa dukacita, kejadian ini adalah yang kedua melibatkan penerbangan Malaysia Airlines Berhad yang sebelum ini kehilangan sebuah pesawat MH370 yang hilang dan terus kekal menjadi misteri sehingga kini.

Dalam satu perkembangan terkini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kerajaan tidak pernah melupakan insiden ini dan sentiasa komited untuk memastikan keadilan buat kesemua mangsa terutamanya 44 orang rakyat Malaysia yang terkorban dalam insiden ini ditegakkan.
Sehubungan dengan itu, beliau akan bertemu dengan kesemua ahli dan waris keluarga mangsa pada 13 Julai ini di Hotel Marriot, Putrajaya bagi memaklumkan perkembangan terkini siasatan kes itu yang kini sudah memasuki tahun ketiga.

Sebelum ini, laporan daripada media antarabangsa memetik, kesemua ahli JIT telah bersetuju sebulat suara untuk membenarkan Mahkamah Antarabangsa The Hague di pertanggungjawabkan untuk mendakwa mereka yang disyaki menembak jatuh persawat MH17. Ujar Datuk Seri Liow, perbicaraan ini akan berlangsung dalam rangka prosiding keadilan jenayah Belanda.
0 comments:
Post a Comment