Sejak beralih menggunakan enjin V6 bermula saingan Grand Prix (GP) musim 2014, pasukan Formula Satu (F1) Ferrari sehingga kini dihimpit masalah besar apabila berterusan gagal memulihkan prestasi dalam tempoh tiga tahun.
Musim ini, pasukan dari Itali itu masih gagal mencetak kemenangan, sekali gus menyebabkan reputasi selaku jaguh dunia pada beberapa tahun lalu kini lenyap selepas Mercedes AMG Petronas dan Red Bull pula dilihat menguasai perlumbaan.

“Presiden F1 Ferrari, Sergio Marchionne dan ketua pasukan, Maurizio Arrivabene tidak memiliki pengalaman perlumbaan. Kegagalan bersaing pada musim ini menyebabkan Ferrari semakin ke belakang.
“Jelas mereka bukan lagi sebuah pasukan hebat tapi penakut. Mereka tidak berani mengambil risiko dan takut dipecat dalam keadaan tidak terhormat,” tegas Baldisserri yang kecewa dengan prestasi pasukan Ferrari ketika ini.

“Saya akui Binotto tahu cara memberi motivasi kepada pasukan tetapi dia bukan pegawai teknikal dan tiada pengetahuan dalam membangunkan casis jentera F1,” tambah Baldisserri.
0 comments:
Post a Comment