My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 8 October 2016

    SPAD Akan Menganjurkan Simposium Pengangkutan Awam Darat 2016



    Pada 17 Oktober ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) akan menganjurkan Simposium Pengangkutan Awam Darat 2016 yang bertemakan " Pengangkutan Awam: Mentransformasikan Negara" (Public Transport: Transforming the Nation) bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre.

    Perasmian Simposium tahunan ini akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, yang akan turut menyampaikan ucaptama mengenai ‘Perjalanan 5-tahun Transformasi Pengangkutan Awam Darat – Impak dan Pencapaian’ dan dengan sekali gus melancarkan Buku Laporan Perjalanan 5-tahun Transformasi Pengangkutan Awam Darat.

    Simposium ini akan menampilkan pameran interaktif mengenai perkembangan industri pengangkutan awam darat dan perancangan masa hadapan negara. Pameran yang terbuka kepada orang awam ini turut menampilkan pelbagai peluang pekerjaan di dalam industri pengangkutan awam darat.

    Tidak ketinggalan, hadiah-hadiah menarik seperti tiket bas dan tren, kad Touch ‘n Go dan barang-barang elektronik bernilai sehingga RM 100,000 juga menanti para pengunjung di pameran.

    SPAD menjangkakan simposium ini akan dihadiri oleh wakil-wakil daripada pihak-pihak berkuasa, penggubal dasar, perancang bandar, pengendali-pengendali pengangkutan awam darat dari Malaysia dan dari rantau ini.

    Simposium ini juga akan mengutarakan pembentangan dan perbincangan mengenai inisiatif-inisiatif yang akan mencorakkan mobiliti dan kesalinghubungan pengangkutan awam darat sebagai pemangkin pembangunan sosio-ekonomi negara. Untuk maklumat lanjut, sila klik http://www.spad.gov.my/ms/lpt-simposium#!

    Berikut merupakan aturcara simposium berkenaan.

    Time Program 07.15 AM
    Guest and Media Registration 08.30 AM
    Arrival of VIPs and LPT Stakeholders 09.00 AM
    LPT Symposium Keynote Speech by YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar 09.15 AM
    Speaker Series
    1 : Transforming Cities, Transforming Lives 10.15 AM
    Coffee Break 11.00 AM
    Arrival of Guest of Honour: Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak 11.05 AM Negaraku 11.10 AM
    LPT Transformation Journey Video 11.15 AM
    Welcoming Speech by YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar 11.20 AM Launching Address: 5 Years of LPT Transformation Journey – Impacts & Achievements by Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak 11.50 AM
    Launch of SPAD 5 Years LPT Transformation Journey Book by Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak 12.00 PM
    LPT 5 Years Transformation Journey Official Exhibition Opening by Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak 12.30 PM
    Lunch and Exhibition Visit 02.00 PM
    Panel Discussion
    1 : Disruption and Change in Public Transport 03.00 PM
    Panel Discussion
    2 : Public Transport: Catalyzing Socio Economic Development 04.00 PM
    Speaker Series 2 : Building for Tomorrow 05.15 PM Closing Remarks by Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar
    05.30 PM Refreshment & Networking
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SPAD Akan Menganjurkan Simposium Pengangkutan Awam Darat 2016 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top