Calon Parti Demokrat, Hillary Clinton mendapat semangat baharu pada hari terakhir menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat semalam bagi menghadapi pencabarnya, Donald Trump.
Clinton, 69, menarik nafas lega kerana laluannya untuk menduduki White House kini terbuka luas selepas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengumumkan bahawa beliau tidak akan didakwa berhubung skandal e-melnya.

Keputusan tinjauan media tempatan pula lebih sengit Terdahulu Pengarah FBI, James Comey yang mengeluarkan kenyataan menggemparkan dengan memberitahu Kongres bahawa agensi itu bertungkus lumus untuk melengkapkan penyiasatan semula ke atas beribu-ribu e-mel Clinton ditemui baru-baru ini.
Namun, katanya, FBI tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengubah keputusan siasatan pada Julai lalu yang mendapati Clinton, 69, tidak bersalah dalam menggunakan pelayan komputer peribadi semasa menjawat jawatan Setiausaha Negara AS.
Setakat ini, masih tidak diketahui sama ada pengumuman tersebut dapat meningkatkan sokongan kepada Clinton yang diserang bertubi-tubi oleh Trump berhubung skandal e-mel tersebut. Namun, berpuluh-puluh juta rakyat AS telah mengundi lebih awal melalui undi pos dalam tempoh 10 hari selepas Comey mengumumkan penemuan e-mel terbaharu itu kepada Kongres.
“Siasatan pantas oleh FBI akhirnya menutup pintu berhubung isu ini yang dijadikan bahan kritikan oleh calon Republikan, kata pemimpin Parti Demokrat, Nancy Pelosi sambil menambah, pilihan raya Presiden kini akan diputuskan berdasarkan merit calon yang bertanding tanpa sebarang kesamaran.
Malangnya, pengumuman Comey itu tidak mendatangkan sebarang kesan kepada Parti Republikan apabila mereka dilihat masih mengkritik Clinton.

“Siasatan akan diteruskan, ejen-ejen khas FBI tidak akan melepaskan Clinton kerana jenayah yang dilakukannya,” kata Trump kepada penyokongnya di Sterling Heights, Michigan kelmarin.
Trump berkempen di lima negeri utama yang bakal menentukan keputusan pilihan raya Presiden AS kali ini iaitu di Florida, North Carolina Utara, Pennsylvania, New Hampshire dan Michigan semalam.
0 comments:
Post a Comment