My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 8 November 2016

    OKU Lembam Direman Seminggu




    Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) lembam yang dipercayai mela­kukan pembunuhan kejam dengan mengerat mayat mangsa kepada beberapa bahagian di Kampung Kesang Laut di sini ditahan reman selama seminggu mulai semalam.

    Perintah reman hingga 13 November itu dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat terhadap suspek berusia 19 tahun yang dipercayai mengenali mangsa. Suspek ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

    Dia dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak semalam pada pukul 9.15 pagi dengan berpakai­an lokap dalam keadaan tangan bergari diiringi anggota polis.

    Kelmarin, polis menemui anggota badan yang dikerat dipercayai milik seorang remaja yang masih belum dikenal pasti identitinya di sebuah rumah di Kampung Kesang Laut. Hasil siasatan polis mendapati, keratan tubuh itu diisi dalam lima beg plastik hitam yang ditemui dalam saluran pembetung longkang rumah berkenaan.

    Suspek juga menanam kepala mangsa di kawasan berhampiran rumah berkenaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: OKU Lembam Direman Seminggu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top