My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 16 November 2016

    Impak Dan Implikasi Sarawak Keluar Dari Malaysia



    Umum sedia maklum bahawa Sarawak merupakan negeri ke 13 dalam Persekutuan Malaysia. Kewujudan Sarawak bukan hanya melengkapkan kewujudan Malaysia, malah Sarawak juga disifatkan sebagai sebuah negeri terpenting samada dalam bidang ekonomi, pertahanan dan juga pemangkin kekuatan tanah Borneo sejak sekian lama.

    Namun, kewujudan negeri ini dalam Malaysia sentiasa menimbulkan perasaan sakit hati dan mahu melihat kesepakatan negeri ini dengan kerajaan pusat dihancurkan dengan hasutan melampau. Inilah yang cuba dimainkan oleh seorang aktivis Sarawak 4 Sarawakians, Beng Kor yang baru-baru ini menimbulkan kontroversi apabila dia mewujudkan satu fan pages Facebook yang telah menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

    Walaupun ada yang menyokong usaha gila Beng Kor ini, namun masih ramai lagi yang menganggap, usaha Beng Kor ini cukup bahaya untuk masa hadapan negeri Sarawak. Menurut seorang rakan dari negeri ini, beliau berkata, apa yang dilakukan oleh Beng Kor ini sebenarnya lebih bersifat politik dan bukan mewakili suara majoriti rakyat Sarawak.

    Katanya, apa yang dilakukan oleh Tan Sri Adenan Satem yang menuntut lebih banyak kuasa dan hak negeri yang telah diambil atau telah terambil tanpa sedar merupakan satu langkah bijak. Ujar beliau lagi, bukan mudah untuk sesebuah negeri bertindak keluar daripada sesebuah negara yang dianggotainya sejak sekian lama.

    Mengambil contoh apa yang berlaku di Timur Leste, pada awalnya, penduduk di sana cukup teruja untuk merdeka sendiri. Namun, sebaik sahaja setahun selepas merdeka, pembangunan ekonomi cukup sukar untuk dibuat walaupun negara berkenaan mempunyai hasil bumi yang banyak. Malah, kestabilan politik juga masih belum dapat dilaksanakan sepenuhnya.

    Sama juga dalam kes di Sarawak. Negeri ini mempunyai lebih 30 etnik yang masing-masing mendakwa, mereka adalah penduduk asal negeri ini. Jika dilihat daripada tuntutan mereka ini, besar kemungkinan, andai Sarawak keluar dari Malaysia, Sarawak pasti akan terbahagi kepada sekurang-kurangnya 5 bahagiannya yang tersendiri.

    Sebagai contoh, di daerah Kuching hingga Serian, kawasan ini pasti dituntut oleh etnik Bidayuh yang secara geografinya tinggal di lingkungan kawasan ini. Bagi etnik Iban, mereka akan menuntut Serian sehingga Sarikei untuk di jadikan Negara Iban pertama. Begitu juga dengan etnik-etnik lain yang menguasai daerah dan kawasan masing-masing.

    Adakah ini yang mahu dilihat kepada Sarawak kelak? Bagaimana pula dengan sistem pertahanan? Selama ini, kerajaan pusat banyak membantu sistem pertahanan negeri dengan membekalkan persenjataan dan kelengkapan tentera. Adakah Sarawak bersedia berbelanja sehingga RM 300 juta hanya untuk membeli senjata?

    Justeru, apa yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak hari ini merupakan satu langkah yang cukup bijak. Beliau tidak mempertikaikan apa yang dilakukan oleh kerajaan pusat terhadap Sarawak dalam sektor pertahanan, perkhidmatan awam dan sebagainya. Apa yang dituntut beliau adalah hak kerajaan negeri yang mungkin telah diambil tanpa sedar sewaktu perjanjian 1963.

    Malah, menurut pemahaman, walaupun Temenggung Jugah yang mewakili Sarawak dalam perjanjian berkenaan buta huruf, namun menurut bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, dalam satu temubual beliau ketika itu, Almarhum Tunku Abdul Rahman menyediakan perjanjian seperti mana yang dipersetujui antara Almarhum dengan Temenggung secara lisan.

    Daripada perbincangan dan perjanjian lisan inilah maka ianya diolah kepada perjanjian 1963 dengan semua perkara yang dipersetujui, telah dicetak bulat-bulat tanpa sebarang perubahan. Paling utama, sewaktu Temenggung meletakkan tandatangannya pada perjanjian ini, semua butir bicara perjanjian itu dibaca kepada beliau dan dipersetujui sendiri oleh beliau.

    justeru tidak timbul persoalan, kerajaan persekutuan pada waktu itu menipu dan memanipulasikan kekurangan yang ada pada Temenggung Jugah sehingga wujudnya dakwaan, Malaya membulak orang Sarawak melalui Perjanjian 1963. Ini bukan masa untuk menipu, sebaliknya ini adalah masa untuk membuktikan, Sarawak, Sabah  dan Semenanjung saling mempercayai antara satu sama lain untuk membentuk Malaysia.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Impak Dan Implikasi Sarawak Keluar Dari Malaysia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top