My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 16 November 2016

    Tiada Kuning, Tiada Merah...



    Sana sini hangat meramalkan, apa yang mungkin akan berlaku pada tarikh 19 November ini. Manakan tidak, BERSIH telah mengumumkan komitmen mereka untuk kekal menganjurkan BERSIH 5 di Dataran Merdeka pada tarikh berkenaan walaupun telah dilarang oleh Kementerian Dalam Negeri dan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

    Bagi Gerakan Baju Merah pula, diberitakan, mereka akan mula berkumpul di Bangunan UMNO, PWTC, pada pagi Sabtu berkenaan. Mereka tidak akan bergerak kemana-mana lokasi perhimpunan BERSIH 5 selagi belum ada pertunjuk, BERSIH akan melakukan perhimpunan haram mereka.

    Di kala ini, ramai yang menjangkakan, perhimpunan kali ini bakal menjadi hangat. Ini kerana, komitmen yang kerap dinyatakan oleh Datuk Seri Jamal Md Yunus yang memberitahu, Gerakan Baju Merah diwujudkan bagi mengimbangi kebiadaban gerakan BERSIH yang secara terang-terangan menghina undang-undang negara. Bagi beliau, jika BERSIH tidak diwujudkan, maka gerakan Baju Merah juga tidak akan wujud.

    Sebaliknya bagi Maria, apa yang mereka lakukan kononnya adalah desakan daripada rakyat yang mahu melihat pilihan raya negara ini berlangsung dalam keadaan adil disamping menuntut sebuah kerajaan yang bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

    Menarik untuk ditanya kepada Maria, bukankah tuntutannya yang mahu melihat pilihan raya bersih dan adil telahpun ditunaikan kerajaan sebaik sahaja perhimpunan BERSIH 3 selesai diadakan? Justeru, apa lagi yang mahu dituntut oleh mereka?

    Jika mahu menyatakan kerajaan yang ada pada hari ini korup dan mereka adalah suara yang mahu mengubah kerajaan yang korup kepada kerajaan yang bersih, kenapa tuntutan yang sama tidak dinyatakan kepada kerajaan Selangor dan Pulau Pinang terutamanya? Ini kerana, Lim Guan Eng sendiri telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan penyalahgunaan kuasa yang dilakukannya.

    Disinilah timbulnya sikap "double standard" BERSIH terhadap tuntutan mereka sendiri. Jika benar mereka berada pada landasan yang betul, sepatutnya mereka menuntut kerajaan Pulau Pinang melakukan transformasi mereka. Ini tidak, setiap kali SPRM melakukan serbuan keatas pihak yang berkepentingan dengan Pakatan Harapan, mereka menuduh kerajaan mahu menjatuhkan Pakatan Harapan.

    Mereka sedaya upaya mahu menutup setiap kesalahan Pakatan Harapan dang cuba mengalihkan tumpuan kepada kerajaan pusat dengan mengaitkan isu 1MDB dan isu derma RM 2.6 bilion yang sudah lama diselesaikan. Paling utama, Datuk Seri Mohd Najib sehingga kini masih belum di dakwa di mana-mana mahkamah samada di dalam negara mahupun luar negara.

    Inilah yang telah menyumbang kepada kebangkitan Gerakan Baju Merah. Seperti yang mereka laungkan, tanpa Baju Kuning, Baju Merah tidak akan bangkit. Sekarang, seluruh negara sedang menghitung hari dan tertanya-tanya, apa yang akan berlaku pada tarikh 19 November nanti. Adakah ianya berakhir dengan aman atau sebaliknya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiada Kuning, Tiada Merah... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top