Sejak beberapa tahun yang lalu, Tun Dr Mahathir dilihat tidak pernah walau sekalipun mengendurkan serangannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, walaupun usianya sudah mencecah penghujung 80 an pada masa itu. Beliau dilihat benar-benar nekad untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib dengan apa jua cara sekalipun.
Setelah beberapa tahun berlalu, dengan pelbagai cara dan gerakan dilakukan oleh beliau, nyata sekali apa yang diusahakannya semakin sia-sia. Daripada menggunakan helah lama sewaktu menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi, sehinggalah menggunaka pihak luar, kedudukan Datuk Seri Mohd Najib kekal utuh walaupun giat diasak dengan rangkaian fitnah yang sengaja direka oleh Mahathir.

Terbaru, setelah semua usaha yang dilakukan masih menemui jalan buntu, Mahathir cuba pulan untuk meraih simpati ramai kononnya kerajaan telah menarik balik kemudahan tukang masak di rumahnya. Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik olehnya, beliau bersama isteri mengucapkan salam perpisahan terhadap dua orang pembantunya.
Mungkin benar, dua orang pembantunya ini tidak lagi berkhidmat kepada beliau atas alasan kerajaan tidak lagi membayar gaji mereka. Namun, jika diimbau dari kenyataan gah Mahathir sebelum ini yang mendakwa, beliau langsung tidak usik gajinya sebagai Perdana Menteri dahulu, tidak mungkin Mahathir tidak mampu membayar gaji dua orang pembantunya.
Malah, jika mengambil kira kekayaan yang dimiliki oleh anak-anaknya, mana mungkin anak-anak beliau langsung tidak membantu bapanya? Tidak mungkin anak-anaknya yang multi milionair itu hanya memandang "penuh syahdu" detik perpisahan dua orang individu yang menjaga kedua orang tua mereka?

Selepas ini, apa pula helah Mahathir mahu merayu simpati orang ramai kononnya kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib ini zalim dan tidak berperikemanusiaan? Jika kena kepada beliau, mulalah pengikutnya mendakwa Datuk Seri Mohd Najib ini zalim dan sebagainya. Bila Mahathir memfitnah tidak berhenti, kenapa mereka tidak menasihatkan beliau untuk berhenti?
0 comments:
Post a Comment