My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 1 November 2016

    Kutipan RC Johor-Singapura Berjalan Lancar



    Seperti yang digariskan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong lai baru-baru ini, setiap kenderaan persendiri­an bernombor pendaftaran asing yang memasuki Malay­sia melalui Johor akan dikenakan caj jalan (RC) sebanyak RM20 berkuat kuasa 1 November ini, berjalan dengan lancar.

    Pada Sabtu lalu, Datuk Seri Liow menzahirkan harapan beliau yang mahu melihat sistem baru ini berjalan dengan lancar memandangkan cadangan mengenai perkara ini sudah dibuat beberapa bulan sebelum ini dan ianya di muktamadkan pada hari ini.

    Tinjauan yang dilakukan di Kompleks Kastam, Imigresien dan Kuarantin (CIQ) di Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang patah mendapati, sistem kutipan baru yang bermula pada jam 12 tengah malam tadi yang membabitkan 38 pos di sini berada dalam keadaan teratur dan lancar tanpa sebarang masalah timbul.

    Sebelum ini, Datuk Seri Liow berkata, kutipan caj itu akan dikenakan melalui sistem pembayaran elektronik, Touch ‘n Go dan dikuatkuasakan di pintu masuk negara di Tambak Johor dan Lebuh Raya Linkedua (Linkedua). Ini sekaligus menyumbang kepada kelancaran sistem kutipan baru ini walaupun sebelum ini terdapat rungutan kecil daripada pengguna dari Singapura ke Malaysia.

    Nyata sekali, apa yang dirangka dan dirancangkan oleh Kementerian Pengangkutan ini akhirnya diterima dengan baik dan kadar harga yang ditetapkan, masih jauh murah daripada jangkaan ramai.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kutipan RC Johor-Singapura Berjalan Lancar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top