My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 11 May 2017

    Isteri Konstabel Reka Cerita Diculik



    Gara-gara mahu melarikan diri daripada hutang, seorang wanita yang juga isteri kepada seorang anggota polis sanggup mereka cerita palsu dirinya diculik ketika menghantar barang jualan kepada pelanggan di Taiping pada 3 Mei lalu. 

    Bagaimanapun, rancangan licik wanita berusia 40-an tersebut terbongkar kelmarin selepas polis menemuinya dalam keadaan selamat sewaktu sedang bekerja di sebuah taska di Shah Alam, Selangor. Jarak antara Taiping dengan Shah Alam ialah 270 kilometer.

    Akibat penipuan itu, wanita ber­kenaan direman selamat empat hari bermula semalam. Perintah tahanan reman sehingga Sabtu ini terhadap wanita tersebut dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Fitri Sadaruddin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah di sini.

    Isteri kepada seorang konstabel polis di IPD Hilir Perak itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dan Seksyen 182 kanun sama kerana membuat keterangan palsu.

    Terdahulu, wanita itu tiba di pekarangan IPD Batu Gajah pada pukul 9.30 pagi dengan memakai baju lokap berwarna ungu. Kes penculikan wanita yang merupakan peniaga online itu sebelum ini tular di laman sosial Facebook selepas status mendakwa dia diculik dan laporan polis yang dibuat suaminya dimuat naik oleh pengguna laman sosial itu, Hafiz Retro.

    Status tersebut mendapat perhatian dan simpati daripada pengguna laman sosial sehingga dikongsi sehingga hampir 15,000 kali. Wanita yang mempu­nyai enam orang anak itu bagaimanapun ditemui pada pukul 10 pagi kelmarin ketika sedang bekerja di sebuah taska di Shah Alam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Isteri Konstabel Reka Cerita Diculik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top