My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 11 May 2017

    Mati Tertiarap Dalam Replika Bot



    Seorang lelaki berusia 66 tahun ditemui mati dalam replika bot di Pasar Sungai Apong di sini, jam 2.30 petang kelmarin. Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, mayat Vong Hua Tung ditemui dalam keadaan tertiarap oleh orang awam di pasar berkenaan.

    “Orang awam mengejutkan mangsa namun tiada tindak balas. Kami dimaklumkan kejadian itu sebelum bergegas ke lokasi. Pemeriksaan mendapati mangsa lengkap berpakaian dan tiada unsur jenayah membabitkan kematiannya,” katanya, semalam.

    Menurut Abang Ahmad, mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Kuching untuk bedah siasat dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mati Tertiarap Dalam Replika Bot Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top