My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 11 May 2017

    PATI Dalang Jual Petrol, Diesel Kepada Kumpulan Penculik



    Penjenayah rentas sempadan termasuk anggota kumpulan penculik untuk tebusan (KFR) di selatan Filipina, dikenal pasti menjadi pembeli utama petrol serta diesel yang diseludup dari negara ini ke negara jiran terbabit. 

    Timbalan Ketua Staf Risikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Asisten Komisioner Hassim Justin, berkata bahan api seludup itu digunakan untuk pergerakan mereka di Laut Sulu bagi tujuan jenayah.

    Beliau mendedahkan, aktiviti penyeludupan bahan api itu dilakukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terdiri daripada warga Filipina di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). "Berdasarkan maklumat dan risikan, bahan api dibeli PATI dari selatan Filipina di stesen minyak sekitar ESSZONE sebelum diseludup ke negara jiran dan dijual kepada kumpulan penjenayah rentas sempadan.

    "Berikutan itu, ESSCOM menggiatkan usaha membanteras kegiatan penyeludupan di ESSZONE bagi melumpuhkan aktiviti mereka," katanya kepada media selepas perasmian Bengkel Pemberitaan Pemerdagangan Manusia di sini, kelmarin.

    Bengkel itu dianjurkan Institut Akhbar Malaysia (MPI), Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Majlis Anti-Pemerdagangan Manusia dan Anti-Penyeludupan Migran (MAPO). Yang turut hadir Setiausaha Bahagian Pejabat Strategik Nasional (NSO) MAPO, Syuhaida Abdul Wahab Zen; Pegawai Informasi Kedutaan AS Kuala Lumpur, Drake Weisert serta Ketua Staf Pasukan Khas ESSCOM, Senior Asisten Komisioner Mohamad Madun.

    Bengkel kali ketujuh itu disertai kira-kira 45 wartawan media cetak dan elektronik dari Semenanjung, Sabah serta Sarawak. Sementara itu, Syuhaida berkata, penganjuran bengkel berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada pengamal media mengenai isu pemerdagangan orang dan migran di negara ini.

    Katanya, ia juga membolehkan pengamal media menyalurkan laporan lebih mendalam mengenai isu berkenaan, sekali gus memberi kesedaran kepada masyarakat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PATI Dalang Jual Petrol, Diesel Kepada Kumpulan Penculik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top