My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 11 May 2017

    Kuala Lumpur Bukan Lagi Hak Malaysia!


    Jika ada sesiapa yang kerap beristirehat di Kuala Lumpur, mungkin akan terperasan bahawa Ibu Negara kini bukan lagi menjadi hak milik mutlak Malaysia. Mungkin kita akan merasakan kita berada di Dhaka, Abuja, Islamabad, Jakarta mahupun di Kathmandu. Ini bukan olok-olok tetapi ia adalah kebenaran yang amat pahit untuk kita telan.

    Tidak dinafikan, sebagai sebuah ibu negara, Kuala Lumpur pasti akan menjadi tumpuan seluruh pelusuk negara mahupun di kalangan pendatang asing dan juga pelancong. Hampir kesemua ibu kota utama dunia menghadapi suasana yang hampir sama seperti mana yang berlaku di Kuala Lumpur. Namun, situasi di tengah-tengah ibu kota mungkin agak berlainan dengan kota besar yang lain.

    Jika kita memandu sendiri ke Kuala Lumpur pada musim cuti, majoriti tempat tumpuan utama seperti KLCC, KL Tower dan beberapa lokasi tempat tumpuan, kini lebih banyak dikuasai oleh pendatang asing. Malah, tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa lokasi Kotaraya dan Jalan Silang tidak ubah seperti kita berada di Dhaka, ibu negara Bangladesh.

    Itu belum lagi kita melihat bagaimana penguasaan orang kulit hitam di beberapa kawasan di Taman Connought, Cheras, Sunway dan Puchong yang kebanyakannya telah menimbulkan krisis dengan penduduk tempatan. Bagi pendatang dari Indonesia, mereka pasti akan dilihat di hampir setiap kawasan terutamanya di kawasan Lembah Pantai.

    Lebih hebat lagi, kesemua pendatang ini di lihat mampu membuka kedai mereka sendiri seperti mana yang kita dapat lihat dengan mudah di kawasan Kotaraya dan Jalan Silang. Di Jalan Petaling pula, kebanyakan peniaga kini bukan lagi didominasi oleh kaum Cina sebaliknya, mereka mengupah pekerja Bangladesh menjalankan urusan perniagaan mereka. Apa sudah jadi dengan Kuala Lumpur?

    Sebenarnya, mereka di bawa masuk ke Malaysia bagi mengisi kekosongan pekerjaan di sektor pertanian dan pembinaan. Migrasi mereka ke Malaysia bermula sewaktu Tun Dr Mahathir masih menjadi Perdana Menteri denagn tujuan untuk menjadikan mereka sebagai tenaga buruh tambahan di sektor-sektor yang bukan menjadi pilihan rakyat Malaysia.

    Namun, akibat kekurangan pengawasan dan penguatkuasaan, mereka semakin hari semakin mengambil alih pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia. Ada di antaranya boleh membuka kedai makanan, runcit mahupun pelbagai lagi perniagaan yangs ama sekali melanggar permit kerja yang dikeluarkan terhadap mereka.

    Persoalannya, siapakah yang bersalah dalam hal ini? Mungkin ada pihak yang pantas menunding jari kepada pihak penguatkuasa. Ada juga yang menunding jari kepada kerajaan yang dilihat terlalu membuka pintu kepada tenaga asing dan pelajar-pelajar dari benua Afrika untuk menuntut di pelbagai kolej dan universiti swasta di negara ini.

    Namun, pernah atau tidak kita bertanya, siapa sebenarnya pemilik lesen perniagaan yang mereka usahakan? Kesemua premis perniagaan yang mereka usahakan kini adalah milik rakyat Malaysia atau dalam bahasa mudahnya, mereka meng"alibaba"kan lesen mereka kepada pendatang asing ini.

    Justeru, tidak hairanlah lokasi seperti Pantai Dalam, Kotaraya, Jalan Petaling, Jalan Silang, Taman Connought dan beberapa kawasan lagi dikuasai oleh mereka. Pastinya, kedai-kedai mereka akan dijadikan tumpuan buat rakan-rakan senegara untuk berlibur, melepak dan sebagainya.

    Lebih parah lagi, penguatkuasaan yang agak kurang turut menyumbang kepada masalah ini. Mungkin jumlah penguatkuasa agak kurang, namun jika mereka benar-benar bijak, operasi berterusan mampu membendung Kuala Lumpur kembali di jajah oleh bangsa asing sehinggakan rakyat tempatan berasa seriau setiap kali berkunjung di lokasi tempat tumpuan.

    Kebimbangan ini ada asasnya kerana saban minggu, pasti akan terlihat banyak pergaduhan tercetus sekiranya berlaku pertembungan antara kominiti bangsa asing ini di beberapa kawasan seperti di Kotaraya. Persoalannya, adakah kita mahu membenarkan Ibu Negara Malaysia ini ditukar kepada mini Jakarta, mini Dhaka, mini Kathmandu, mini Islamabad, mini Abuja dan pelbagai mini lagi?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kuala Lumpur Bukan Lagi Hak Malaysia! Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top