My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 4 May 2017

    JDT Mara ke Separuh Akhir Zon ASEAN



    JARINGAN hatrik daripada Gabriel Guerra menyelamatkan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada tersingkir pada kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim ini. JDT menang 3-1 ke atas kelab Myanmar, Magwe FC pada aksi terakhir peringkat Kumpulan F di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin malam tadi. 

    Kemenangan tersebut turut mengesahkan kemaraan JDT untuk bersaing pada peringkat separuh akhir Zon ASEAN selepas muncul pasukan yang menduduki tempat kedua terbaik pada saingan peringkat kumpulan. JDT selaku juara edisi 2015 menamatkan saingan di tempat kedua Kumpulan F dengan mengumpul 13 mata, ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Global FC dari Filipina.

    JDT muncul pasukan yang menghuni tempat kedua terbaik, sekali gus mengatasi dua lagi pencabar mereka iaitu dua kelab Vietnam, T&T Ha Noi (Kumpulan G) dan Than Quay Ninh (Kumpulan H). 

    T&T Hanoi yang menewaskan Felda United 4-1 pada aksi terakhir peringkat Kumpulan G semalam sekadar mengumpul 11 mata manakala Than Quay Ninh menamatkan saingan peringkat Kumpulan H dengan 4 mata.

    JDT akan menyertai Global FC, Ceres-Negros (Filipina) dan Home United (Singapura) pada saingan separuh akhir Zon ASEAN nanti yang dijadualkan berlangsung pada 16 Mei. Pada aksi di Larkin malam tadi, JDT dikejutkan dengan jaringan awal Magwe FC menerusi Kyaw Swar Linn seawal minit ketiga.

    Namun, gol tersebut tidak menjejaskan rentak JDT yang kembali bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-15 menerusi jaringan Guerra. Guerra melengkapkan malam gemilang JDT apabila menambah dua lagi gol pada minit ke-59 dan 79, sekali gus mengesahkan kemaraan Harimau Selatan pada kejohanan berprestij itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: JDT Mara ke Separuh Akhir Zon ASEAN Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top