My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 3 May 2017

    Kekal Daya Saing


    Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri (MITI) menggesa sektor swasta supaya membabitkan diri dalam transformasi digital melalui pelaksanaan Industri 4.0 bagi memastikan sektor pembuatan negara kekal berdaya saing di peringkat dunia. 

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, pelaksanaan Industri 4.0 perlu dipacu industri di mana perubahan organik daripada pemain terbabit lebih baik dan kekal untuk tempoh jangka panjang.

    Menurutnya, peranan kerajaan ditumpukan kepada peningkatan kesedaran mengenai manfaat Industri 4.0 yang menyediakan sokongan kewangan yang disasarkan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mewujudkan rangkaian kerjasama bagi merealisasikan perkara itu.

    “Malaysia berada tidak jauh di belakang penggerak pertama dalam aspek ini apabila beberapa inisiatif ke arah Industri 4.0 sudah diwujudkan seperti Pelan Hala Tuju Internet untuk Segalanya (IoT), Pelan Tindakan Aeroangkasa dan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ), sekali gus membentuk 2017 sebagai Tahun Ekonomi Internet Malaysia,” katanya pada Bengkel Industri 4.0, di sini, semalam.

    Beliau berkata, masa depan Industri 4.0 amat positif kerana negara adalah penggerak utama di rantau ini dan kerajaan bertekad untuk terus komited melaksanakan agenda berkenaan. “Saya menggesa pemain industri tempatan untuk mengiktiraf bahawa Industri 4.0 sudah bermula dan ia adalah masa depan sekarang,” katanya.

    Menurutnya, tiada kaedah menyeluruh untuk melangkah ke Industri 4.0 namun langkah pertama adalah meningkatkan kesedaran industri bagi mengubah langkah dalam melaksanakan perniagaan masing-masing.

    “Pada masa ini, sudah banyak gangguan digital yang mencabar perniagaan tradisional. Oleh itu, kita perlu lebih banyak ruang perniagaan ke perniagaan (B2B) tanpa perlu menunggu dan melihat pendekatan kerana sekarang adalah masa untuk mengubah perkataan menjadi tindakan,” katanya. 

    Bengkel bertemakan, Memulakan Pembuatan Masa Depan menghimpunkan pelbagai pihak termasuk pemain industri utama, institusi teknologi, kementerian dan agensi bagi memahami kepentingan dan kelebihan dalam kerangka Industri 4.0 Malaysia.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kekal Daya Saing Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top