Acer hari ini memperkenal model baru khas untuk permainan komputer, dua model siri Swift, dua model Switch, Aspire dan jam tangan pintar ketika majlis pelancaran acer@next di sini, hari ini. Komputer riba Acer Nitro 5 dibina untuk mereka yang mengisi masa lapang dengan permain komputer, dilengkapi kad grafik Nvidia 1050, dengan pemproses Intel generasi ketujuh.
Harga belum diumumkan. Acer Predator Triton 700 pula komputer riba nipis, khas untuk permainan komputer, hanya setebal 18.9mm, didatangkan dengan paparan 15.6 inci, sistem penyejuk dua kipas AeroBlade, pemproses Intel generasi ketujuh, kad grafik, NVIDIA GeForce GTX 10, seberat 2.6kg .
Harga untuk pasaran Amerika Syarikat bermula AS$2,999 (RM13,95). Spesifikasi Predator Helios 300 pula hampir sama dengan Triton 700, kecuali ia mempunyai pilihan paparan 17.3 inci, menggunakan kad grafik Nvidia GeForce GTX 1060 atau GTX 1050 Ti dengan harga bermula AS$1,299 (RM5,715).
Dua model Swift - komputer riba ternipis di dunia - juga ditampilkan iaitu Swift 1 setebal 15 mm, pemperoses Intel Pentium atau Celeron, paparan 13.3 inci dengan bateri tahan sehingga 10 jam. Harga untuk pasaran Amerika bermula pada AS$329 (RM1,447).
Model Swift 3 pula setebal 17.95 mm menggunakan pemproses generasi ketujuh Intel dengan grafik NVIDIA GeForce, paparan 14 atau 15.6 inci dengan bateri sehingga 10 jam. Harga untuk pasaran Amerika bermula AS$599 (RM2,635). Acer juga memperkenalkan dua model baru siri Switch iaitu komputer 'tablet' yang boleh dipisahkan papan kekuncinya.
Switch 3 didatangkan dengan paparan 12 inci, pemproses Pentium atau Celeron, bateri sehingga 8 jam dengan harga untuk pasaran Amerika bermula pada AS$399 (RM1,755). Switch 5 yng lebih berkuasa dilengkapi pengimbas cap jari yang pertama kali digunaka Acer.
Ia mempunyai paparan 12.2 inci, pemproses Intel generasi ketujuh dengan bateri juga sehingga lapan jam. Harga untuk pasaran Amerika bermula pada AS$799 (RM3,515) Acer turut memperkenalkan buat pertama kali jam tangan pintar - Leap Ware - berharga bermula AS$139 (RM611) yang boleh mengesan kelajuan degupan jantung, stamina, stress dan sinar lembayung ungu.
Menggunakan cip MediaTek MT2523, bateri jam itu tahan antara tiga hingga lima hari. Ia kalis air dan boleh dihubungkan ke telefon pintar Android atau iOS untuk melihat panggilan masuk serta pesanan teks.
acer@next juga menampilkan desktop ‘all-in-one’ (AIO) Aspire U27 (27 inci) dan Aspire Z24 (23.8 inci) dikuasakan pemproses generasi ketujuh dengan harga bermula $1,099 (RM4,835). Semua model itu dijangka boleh diperolehi di Malaysia sama ada Jun atau Julai ini.
0 comments:
Post a Comment