My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 9 May 2017

    Ketua Militan Daesh Di Afghanistan Terbunuh



    Ketua kumpulan militan Daesh di Afghanistan yang dipercayai dalang di sebalik siri keganasan berprofil tinggi termasuk serangan ke atas sebuah hospital tentera yang meragut lebih 50 nyawa telah terbunuh, kata pegawai Amerika Syarikat dan Afghanistan. 

    Abdul Hasib yang mana kumpulannya mempunyai hubungan dengan militan Daesh di Iraq dan Syria, terbunuh dalam serangan pasukan komando di wilayah Nangarhar, timur Afghanistan pada bulan lalu, demikian menurut kenyataan istana Presiden di Kabul.

    “Dia mengarahkan serangan ke atas hospital berkapasiti 400 katil di Kabul yang menyebabkan ramai penduduk mati atau cedera termasuk sebilangan wanita. Pentadbiran Afghanistan komited untuk meneruskan operasi memerangi militan Daesh dan kumpulan pengganas lain sehingga mereka semua dihapuskan,” kata kenyataan tersebut.

    Komander Pertubuhan Perjanjian Atlan­tik Utara di Afghanistan, Jeneral John Nicholson mengesahkan kematian Abdul Hasib dan memberi amaran bahawa mana-mana anggota militan Daesh yang datang ke Afghanistan akan me­nerima nasib sama.

    Gabungan kumpulan militan Daesh tempatan pertama kali muncul di Afghanistan pada tahun 2015. Mereka menakluki sebahagian besar kawasan di wilayah Nangarhar dan Kunar berhampiran sempadan Pakistan.

    Dalam perkembangan yang berasingan, Ketua militan Daesh Asia Tenggara, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, 27, disahkan terbunuh dalam satu serangan di Raqqa, Syria pada 29 April lepas. 

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara itu di laman rasmi Twitter beliau malam tadi selepas membuat penelitian terhadap maklumat yang diperoleh. “Selepas meneliti maklumat risikan yang diperoleh, PDRM sahkan bahawa Muhammad Wanndy telah terbunuh dalam satu serangan di Raqqa, Syria pada 29 April lalu,” kata Khalid.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ketua Militan Daesh Di Afghanistan Terbunuh Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top