My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 9 May 2017

    Akhirnya Ke Pyongyang Juga



    HARIMAU Malaya sah bakal menjejakkan kaki ke Korea Utara bagi mengharungi perlawanan pembukaan Kumpulan B kelayakan Piala Asia 2019 menentang skuad bola sepak republik itu di Stadium Kim Il-sung, Pyongyang pada 8 Jun depan. 

    Keputusan tersebut dibuat oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menerusi satu kenyataan rasmi semalam selepas mengesahkan tiada halangan yang dibuat oleh pihak kerajaan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk beraksi di Pyongyang.

    “Kami telah mendapat pengesahan daripada FAM bahawa kerajaan Malaysia tidak menghalang rakyatnya untuk pergi ke Korea Utara. Susulan itu. AFC bersetuju bahawa perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 melibatkan Malaysia dan Korea Utara bakal dilangsungkan di Pyongyang pada 8 Jun depan,” kata AFC dalam satu kenyataan rasmi semalam.

    Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara berada situasi tegang ekoran kes pembunuhan Kim Jong-nam iaitu abang tiri pemimpin Korea Uta­ra, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

    Keputusan tersebut menyebabkan aksi yang sepatutnya berlangsung pada 28 Mac lepas terpaksa ditangguhkan, malah FAM ketika itu memohon supaya perlawanan berkenaan diadakan di gelanggang berkecuali sama ada di Hong Kong atau Beijing bagi menjamin keselamatan pemain negara.

    Skuad negara yang kini menduduki ranking ke-158 dunia dijangka berdepan tugas sukar dalam misi melayakkan diri ke pentas Piala Asia buat kali pertama sejak edisi 2007 ketika Malaysia menjadi salah sebuah negara yang menjadi tuan rumah bersama Vietnam, Indonesia dan Thailand.

    Selain Korea Utara yang menduduki ranking ke-116 dunia, Kumpulan B turut dihuni Lebanon (137) serta Hong Kong (150). Selepas aksi menentang Korea Utara, skuad Harimau Malaya bakal melayan kunjungan Lebanon pada perlawanan kedua yang dijadualkan berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin pada 13 Jun depan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Akhirnya Ke Pyongyang Juga Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top