My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 9 May 2017

    Cikanos 'Tawan Hati' Pendengar



    KUMPULAN Cikanos yang dianggotai Anas Ridzuan dan Chiwan menjuarai program komedi radio dan digital, Hot FM Lawak Vaganza yang diumumkan hari ini di Sri Pentas, Bandar Utama. 

    Berikutan kemenangan itu, mereka berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000. Menurut Chiwan atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Sabri, berdasarkan sambutan pendengar Hot FM terhadap ‘sketch’ yang disampaikan setiap minggu, dia sudah menjangkakan Cikanos akan bergelar juara Lawak Vaganza musim kedua.

    "Pada awalnya, Cikanos adalah kumpulan ‘underdog’ tetapi selepas itu kami mendapat sokongan daripada pendengar Hot FM", katanya.

    Cikanos juga pernah menjadi juara mingguan dan menerima wang tunai RM5,000. Tempat kedua dimenangi kumpulan Tauke dan Man Pos, tempat ketiga pula Joey Daud Chacha DaBoss manakala Ali dan Mamak Puteh berada di kedudukan keempat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Cikanos 'Tawan Hati' Pendengar Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top