My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 9 May 2017

    Promosi Gas Asli



    KERAJAAN berharap pemain industri minyak dan gas dapat bekerjasama secara pintar untuk membangunkan sektor gas asli dan tenaga boleh diperbaharui. Malah, pada masa ini waktu terbaik kepada pemain industri untuk mempromosikan penggunaan gas asli di dalam pasaran baru memandangkan penawaran harga lebih menarik. 

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pemain industri itu juga boleh mengambil kesempatan dengan kemampuan sektor gas asli dengan menyuntik pelaburan di dalam pembangunan infrastruktur.

    Beliau berkata, sektor itu turut mampu memberi kesan positif dan seimbang bukan saja dari sudut komersial, ekonomi malah menyokong kepada kelestarian alam sekitar. “Selain itu, saya percaya syarikat minyak dan gas mampu membangunkan teknologi bagi mengurangkan jumlah pelepasan gas rumah hijau semasa proses industri dijalankan.

    “Ia sejajar langkah kerajaan yang ingin mencapai 45 pengurangan pelepasan gas berkenan menjelang 2030 dan kita dapat mengurangkannya kepada 33 peratus pada 2013,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Minyak dan Gas Asia (AOGC) Kali Ke-19, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, semalam.

    Hadir sama, Menteri Tenaga, Industri dan Sumber Mineral Arab Saudi, Khalid Al-Falih. Sementara itu, dalam majlis sama, Khalid Al-Falih mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi kemungkinan melanjutkan pengurangan pengeluaran minyak mentah seperti dipersetujui OPEC dan bukan OPEC pada Disember lalu kepada separuh tahun kedua tahun ini.

    Khalid berkata, pihaknya juga sangat yakin lebihan bekalan minyak dunia akan mencapai keseimbangan seperti disasarkan dan melaksanakan apa juga langkah yang diperlukan untuk mencapai sasaran itu.

    “Berdasarkan rundingan dengan peserta pengeluaran minyak dunia, saya yakin rundingan itu akan dilanjutkan ke separuh tahun kedua dan kemungkinan untuk tempoh lebih panjang daripada itu, seperti pertemuan saya dengan Perdana Menteri dan Menteri berkaitan Ekonomi Malaysia pagi ini,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Promosi Gas Asli Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top