Jika mahu mengekalkan kuasa, apa sahaja sanggup dilakukan asalkan kuasa yang diidamkan kekal berada di landasan yang betul. Mungkin inilah yang menjadi pegangan Penasihat Agung DAP, Lim Kit Siang yang dijadualkan bakal memberi keterangan di hadapan pasukan siasatan mengenai kehilangan wang pelaburan forex yang berlaku di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sejak 1985, Lim Kit Siang telah menghasilkan dua buah buku yang mendakwa, Mahathir dan kabinetnya telah melesapkan begitu banyak wang negara dalam skandal BMF dan forex exchange. Dia mendakwa semua salah laku yang dilakukan Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri, di lakukan tanpa sedikitpun ada usaha untuk menyiasat perkara berkenaan.
Malah, dalam bukunya, Lim Kit Siang mendakwa, Mahathir akan sentiasa berusaha menutup semua salah lakunya dari dipersoalkan di Parlimen dan semua orang yang cuba mengorek kisah ini akan berhadapan dengan pertuduhan yang langsung tidak masuk akal.
Hari ini, Lim Kit Siang berpeluang untuk mendedahkan hal sebenar kepada pasukan penyiasat yang ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan RM 44 bilion dalam skandal forex. Namun, memandangkan hubungan Lim Kit Siang dan Mahathir hari ini, demi kuasa, Lim Kit Siang bakal menipu atau enggan menjawab segala persoalan yang timbul, sama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Umum sedia maklum bahawa PPBM yang diterajui oleh Mahathir, kini merupakan sekutu rapat DAP di dalam Pakatan Harapan. Melihat akan hal ini, adalah suatu perkara yang sudah boleh dijangka bahawa, Lim Kit Siang akan menutup segala isu yang membabitkan Mahathir hanya kerana kepentingan politik.
Apa yang dilakukan Anwar semasa di panggil begi memberi keterangan berhubung isu ini, bakal diulangi oleh Lim Kit Siang dan ada kemungkinan, dia akan menunding jari kepada orang yang sudah meninggal dunia, sama seperti apa yang dilakukan oleh Anwar.
0 comments:
Post a Comment