• PANAS

    Thursday, 11 May 2017

    Polemik Pembersihan Pelacur Di Pattaya




    MENGENAKAN pakaian menjolok mata, May dengan yakin meramalkan industri seks di Pattaya, Thailand akan terus beroperasi. Ia selepas cubaan kerajaan junta ‘menjinakkan’ wilayah yang terkenal dengan jolokan Sin City dalam kalangan pelancong asing. 

    Berkhidmat sebagai pekerja seks di situ, May dan berpuluh-puluh ribu rakan seperjuangannya tidak mempunyai perancangan untuk bersara daripada kegiatan mereka.

    Reputasi 

    Malah, jumlah kedatangan pelancong asing untuk mendapatkan perkhidmatan seks juga tidak menunjukkan sebarang pengurangan. Terletak dua jam perjalanan ke sebelah timur Bangkok, reputasi negatif Pattaya bermula ketika era Perang Vietnam. Wilayah tersebut menjadi lokasi kepada tentera Amerika Syarikat untuk berpesta pada waktu malam.

    Hari ini, pekerja seks di situ mempunyai reputasi tersendiri kerana mampu meraih pendapatan sebanyak 70 hingga 1,500 Bath (RM9 hingga RM187) sehari. Jumlah tersebut adalah 10 kali ganda lebih besar daripada gaji purata negara.

    “Saya mampu menjana pendapatan lumayan di sini untuk menampung perbelanjaan keluarga,” ujar May sewaktu menunggu pelanggan di Walking Street. Begitupun, pihak berkuasa tempatan telah bertindak menggempur kawasan tersebut kerana bimbang kegiatan tidak bermoral itu akan menjejas reputasi Thailand.

    Ini kerana terdapat laporan berkaitan kegiatan pekerja seks bawah umur, penyalahgunaan dadah dan kegiatan mafia di Pattaya. May yang juga seorang transgender berkata, jumlah pengunjung semakin berkurang sejak kebelakangan ini selepas polis dan tentera membuat rondaan lebih kerap sebagai sebahagian daripada usaha pembersihan.

    Leftenan Kolonel Polis, Sulasak Kalokwilas memaklumkan rondaan tersebut merupakan sebagai daripada Op Sisyphean: Pembersihan Seks Pattaya. “Kami menyekat pertunjukan lucah dan kotor. Kami juga cuba mengurangkan jumlah pengunjung yang datang ke bar,” katanya.

    Di belakang beliau, beberapa pekerja seks yang mengenakan pakaian seksi berbaris di depan bar untuk memikat pengunjung dengan menggunakan nama samaran seperti Taboo, G-Sport serta Fahrenheit. “Wanita transgander dan wanita normal bekerja di sini, mereka tidak terlibat dalam industri seks.

    “Mereka bekerja sebagai pelayan, duduk, berbual sambil menari bersama pelanggan,” ujar Ketua Polis Pattaya, Apichai Kroppeth. Kenyataan Apichai itu adalah berbeza sama sekali dengan realiti sebenar yang berlaku. Kebanyakan penduduk di bandar berkenaan menyatakan kemarahan dengan tindak keras kerajaan terhadap industri tersebut.

    Bagi mereka tindakan pembersihan itu adalah tidak wajar kerana industri tersebut menyumbang pendapatan lumayan kepada penduduk setempat.

    Keuntungan 

    “Kamu mengharapkan pemburu haram menjadi pelindung haiwan,” soal seorang warga Barat yang menetap di Pattaya sewaktu diajukan soalan terhadap usaha pembersihan.

    Aktiviti perdagangan seks membawa keuntungan lumayan sejak berpuluh-puluh tahun kepada pemilik bar, wanita, rumah urut, hotel, mafia dan polis. Menurut wartawan British yang sering membuat laporan mengenai jenayah di Thailand, Andrew Drummond, penduduk tempatan menggelarkan industri tersebut sebagai pon prayote.

    “Ia membawa maksud semua orang akan mendapat manfaat iaitu berbentuk wang yang besar. Aktiviti ini tidak boleh berlaku tanpa memberi rasuah kepada polis,” ujar Apichai. Aktiviti pelacuran adalah haram di Thailand, namun ia tetap mendapat permintaan daripada pelanggan tempatan dan asing.

    Kebanyakan premis perniagaan mengelak daripada didakwa dengan mengambil pekerja seks sebagai pelayan dan penghibur pelanggan di bar. Begitupun, pihak bar tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku aktiviti seks kerana ia hanya membabitkan pelanggan dan pelacur.

    Walaupun pihak berkuasa berikrar menutup industri tersebut, namun terdapat persoalan mengenai nasib pekerja-pekerja seks. Tambahan pula, pekerja seks turut menjana pendapatan besar untuk menyara keluarga. Tiada jumlah tepat pekerja seks, namun dalam laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan 140,000 wanita terlibat dapat industri pelacuran di Thailand.

    Pegawai pelancongan tempatan turut optimis usaha pembersihan oleh kerajaan terutamanya selepas melihat peningkatan pengunjung ke resort dan populariti sukan seperti golf dan jet ski. “Dari segi kemudahan, saya rasa kami sudah ada,” ujar Pengarah Pelancongan Pattaya, Suladda Saratilavan. 

    Pada tahun lalu, dianggar 70 peratus daripada 12 juta pelawat Pattaya terdiri daripada pelancong asing. Bandar tersebut memiliki lebih 100,000 bilik penginapan daripada asrama sehingga pangsapuri keluarga.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Polemik Pembersihan Pelacur Di Pattaya Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top