My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 7 July 2017

    Akhirnya Dendam Kerbau Terbalas...



    Seorang pemilik kerbau mati selepas ditanduk haiwan peliharaannya itu apabila dia cuba memaksa kerbau berkenaan berlaga ketika satu festival di Vietnam. Dinh Xuan Huong, 46, mati dalam gelanggang pesta laga kerbau di Hai Phong, utara Vietnam, Sabtu lalu. 

    Anggota keluarganya berkata, Dinh penternak kerbau berpengalaman dan pernah melatih haiwan terbabit selama 10 tahun sebelum dia mencapai impian memiliki kerbau sendiri pertamanya kira-kira setahun lalu. Bagaimanapun, Sabtu lalu, kerbaunya naik minyak dan mengejar seorang pemilik kerbau lawan sebelum beralih pada Dinh.

    Rakaman video yang tular menunjukkan kerbau itu menanduk punggung Dinh menyebabkan dia terjatuh. Dinh cuba bangkit dan mengawal haiwan itu, tetapi ia sekali lagi ditanduk hingga tercampak setinggi kira-kira empat meter.

    Dia cedera teruk di kaki. Dalam keadaan dia separuh sedar, Dinh cuba berdiri lagi, tetapi ditanduk sekali lagi, kali ini di kepala, menyebabkan dia pengsan. Lelaki itu dikejarkan ke hospital berhampiran tetapi mati kerana kecederaan pada otak, tulang belakang dan kaki.

    Pada masa sama, pihak berkuasa menembak kerbau itu dan membatalkan Festival Laga Kerbau Don. Ujian kemudian dilakukan pada bangkai haiwan terbabit untuk memeriksa sama ada kerbau itu diberikan dadah sebelum berlaga untuk membuatkannya lebih agresif
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Akhirnya Dendam Kerbau Terbalas... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top