My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 7 July 2017

    Padah Curi Bateri Kereta



    Seorang lelaki yang berlagak selamba ketika mencuri bateri kereta, dicekup orang awam di tempat letak kenderaan Terminal Melaka Sentral pagi kelmarin, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

    Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi dan gerak geri meragukan suspek berusia 43 tahun itu, diperhatikan seorang kakitangan kaunter Melaka Sentral. Sumber berkata, saksi terbabit melihat suspek membuka bonet kereta milik individu lain.

    “Saksi memberitahu ketika masuk kerja sebelah pagi, dia melihat kereta dipandu seorang lelaki Cina dan terkejut apabila melihat suspek, seorang lelaki Melayu membuka bonet hadapan kereta Proton Wira berwarna perak dan mengambil bateri kereta terbabit.

    “Saksi kemudian menangkap suspek pada jam 11.05 pagi dan menghubungi polis Balai Polis Melaka Tengah,” kata sumber.

    Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan mengenai kejadian itu dan mengesahkan tangkapan sudah dibuat.

    “Pada 5 Julai jam 12.30 tengah hari, anggota Unit Ronda Bermotosikal (URB) melakukan rondaan cegah jenayah dan melihat orang awam berkumpul di kawasan Melaka Sentral, iaitu lokasi pengadu membuat aduan dan menangkap seorang lelaki berusia 43 tahun yang cedera di kepala dan badan. 

    “Suspek kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan sebelum ditahan di lokap polis,” katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, siasatan awal mendapati, suspek mempunyai rekod lampau jenayah dan kesalahan narkotik.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Padah Curi Bateri Kereta Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top