My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 7 July 2017

    Jualan Mercedes-Benz Dijangka Atasi Angka 2016



    Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) yakin jualan kenderaan Mercedes-Benz di negara ini mampu mengatasi jumlah yang dicatatkan pada 2016 sebanyak 11,779 unit. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Claus Weidner berkata, sehingga Mei 2017, pihaknya mencatatkan jualan sebanyak 5,913 meskipun sedikit rendah berbanding tempoh sama tahun lalu dengan 6,017 unit.

    “Selain mengekalkan pendahulu perkongsian pasaran kenderaan premium sebanyak 2.3 peratus, kami juga mencatatkan jualan tertinggi pada Jun 2017 dengan 1,210 unit yang juga rekod terbaik di Malaysia setakat ini, sekali gus bakal melonjakkan angka jualan lebih baik pertengahan tahun ini,” katanya, semalam.

    Perkembangan MBM dipacu oleh model pemasangan tempatan daripada model Mercedes-Benz C, E dan S-Class yang terjual sebanyak 3,663 unit dengan C-Class menyumbang jualan paling tinggi iaitu 2,075 unit.

    Segmen kompak dan kenderaan utiliti sukan (SUV) menyumbang kepada jumlah 739 dan 1,233 unit termasuk Mercedes-Benz Dream Car mewah meneruskan momentum perkembangan positif terjual sebanyak 168 unit.

    Selain jualan, syarikat itu juga melancarkan lima pusat pengedaran dan penyelenggaraan tahun ini dan terbaru Mercedes-Benz Hap Seng Kuching Autohaus untuk pengguna di Malaysia Timur serta Cheras, Bukit Tinggi, Kota Bharu dan Kuala Terengganu bagi khidmat selepas jualan terbaik kepada pengguna.

    “Kini terdapat 31 pusat pengedaran Mercedes-Benz di seluruh negara dan sehingga pertengahan tahun ini, sebanyak 61,850 kenderaan melakukan servis, mencatatkan peningkatan dua digit kepada 17 peratus,” katanya.

    MBM juga fokus kepada perkembangan segmen hibrid dan elektrik (PHEV) untuk ditawarkan kepada pengguna tempatan dan terbaru, model E 350 e bakal dilancarkan tidak lama lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jualan Mercedes-Benz Dijangka Atasi Angka 2016 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top