My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 11 July 2017

    Lapan Anggota Polis Ditahan Reman



    Lapan anggota polis dan seorang nelayan ditahan reman selama empat hari hingga Khamis ini bagi membantu siasatan kes seorang tahanan kes 39B Akta Dadah Berbahaya melarikan diri ketika van yang membawa mereka dikatakan rosak di Jalan Paya Terubong di sini awal pagi kelmarin. 

    Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, tujuh anggota polis berusia 27 hingga 59 tahun yang ditahan itu bertugas di Lokap Pusat Bayan Baru dekat sini manakala seorang lagi berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Balik Pulau.

    Menurutnya, kesemua anggota polis berpangkat lans koperal, koperal dan sarjan manakala nelayan berumur 56 tahun itu dipercayai rakan tahanan yang mahu membawanya keluar dari negara ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lapan Anggota Polis Ditahan Reman Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top