My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 11 July 2017

    Empat Terbunuh Van Dihempap Lori Minyak



    Empat maut selepas van yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki minyak kelapa sawit sebelum diseret dan dihempap kenderaan berat itu dalam kejadian di Kilometer 3, Jalan Lahad Datu-Tungku di sini semalam. 

    Dalam kejadian pukul 5.40 pagi itu, pemandu van, Eddie Luna, 46, dan tiga penumpang van tersebut, Mohamad Jujani, 67, Hanisah Baskua, 37, dan Kabdatul Alinjaman, 34, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan pada kepala dan seluruh badan.

    Pemandu lori tangki minyak berusia 58 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Empat Terbunuh Van Dihempap Lori Minyak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top